FesyenGaya Hidup

Kemeja Batik Kini Pilihan Lelaki Muda

Transformasi dalam fesyen sentiasa berlaku. Tidak kira sama ada moden, motif klasik, gaya baru atau kontemporari, pereka kini semakin kreatif mempertaruhkan kekuatan jenis fabrik, gaya jahitan serta potongan busana.

Di Malaysia, kemeja corak batik kian menjadi pilihan orang muda. Jika dulu, tidak ramai lelaki yang berani menyarung busana motif batik, namun hari ini ia umpama koleksi wajib ada dalam setiap almari pakaian.

Norisham

Ada banyak jenama yang tampil dengan sentuhan batik. Tidak kira dari Indonesia, Kelantan, Terengganu, Kalimantan, Sabah atau Sarawak, motif yang dulunya dilabel tidak glamor ini berjaya mencuri perhatian pengikut fesyen semasa.

Turut berasakan tempias populariti kemeja bercorak batik adalah jenama pakaian Butik UA. Jenama ini sebenarnya sudah lama mengeluarkan pilihan kemeja batik, namun hanya mula tular selepas koleksi ‘abang sado’ yang dihasilkan menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Pengarah Urusan UA Sham Sdn Bhd Kapten (B) Norisham Kadmin berkata, batik dulu sering dianggap hanya untuk golongan tertentu dan dipakai ke majlis formal, ditayang di pentas peragaan, disarung ketika memenuhi jemputan rasmi atau ke pejabat.

Image may contain: 2 people, people standingMalah kebanyakan orang muda juga menolak batik mentah-mentah kerana beranggapan ia tidak sesuai dengan usia selain disifatkan terlalu menonjolkan imej budaya Melayu atau Jawa.

“Bagaimanapun, revolusi fesyen semasa membuktikan batik mula mendapat tempat di hati ramai anak muda. Perubahan ini dipercayai berlaku berikutan adanya variasi potongan muat padan, muat padan sederhana dan biasa, sesuai dengan kehendak mereka,” katanya.

Jelas Norisham, koleksi yang diketengah jenama itu menawarkan pilihan kemeja motif batik tradisional yang dihasilkan di Pekalongan, Indonesia dan diberi sentuhan berbeza dari sudut potongan, susunan atur corak serta fabrik sejuk berkualiti. Ada juga di antara koleksi dihasilkan daripada batik tempatan dan Thailand.

“Saya percaya motif batik membawa simbol penyatuan kaum dan masyarakat. Kita mungkin boleh lihat ada banyak perbezaan dari segi corak dan teknik penghasilan, namun batik tidak akan dapat lari daripada menjadi simbol budaya masyarakat setempat. Ia adalah warisan yang patut dibanggakan.

“Jadi, untuk tarik minat anak muda, kita perlu ikut trend fesyen hari ini yang kebanyakannya menyerlahkan bentuk badan ‘sado’. Saya selitkan elemen kecil yang menampakkan ciri moden dan ringkas untuk menyerlahkan gaya pemakai.

“Dari sudut pemilihan corak, kami banyak bermain dengan motif tradisional, tetapi dalam bentuk lebih ringkas dan bersahaja. Tidak ada lagi jelmaan baju batik satin yang dulunya menjadi pilihan orang tua, sebaliknya koleksi yang ada boleh dipakai semua peringkat umur dari remaja sehingga dewasa,” katanya.

Menurut Star2, selain kemeja, jenama itu turut menawarkan pilihan kurta, jubah, baju Melayu moden serta persalinan batik formal, sesuai dengan kehendak dan keperluan pemakai.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker