Sukan

5 Topik Hangat Sebelum Sepak Mula Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris akan membuka tirai kepada musim baharunya pada hari Jumaat ini selepas musim panas yang sibuk dengan belanja perpindahan di liga paling kaya di dunia.

Juara Manchester City dilihat sebagai pasukan kegemaran yang bakal menjadi pasukan pertama di dalam masa 10 tahun yang boleh mempertahankan kejuaraan itu. Walau bagaimanapun, terdapat harapan yang menggunung buat Liverpool yang dilihat mampu untuk menamatkan penungguan selama tiga dekad untuk memenangi liga itu.

Persembahan hambar oleh Manchester United dan Chelsea ketika perlawanan pra-musim dilihat boleh menenggelamkan cabaran takhta liga mereka, sementara itu terdapat suasana baru penuh dengan keyakinan di era baharu Arsenal.

 

Image result for jose mourinho

Sindrom musim-ketiga Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho kelihatan hampa di sepanjang perlawanan pra-musim, sentiasa merungut mengenai kekurangan pemain baharu.

Ketegangan di antara pengurus dari Portugal itu dengan beberapa pemain-pemain penting juga kelihatan. Mourinho secara terangan mengkritik kapten pasukan, Antonio Valencia dan Anthony Martial, sementara hubungannya dengan Paul Pogba kekal dingin selepas tidak menurunkan pemain itu beberapa kali pada musim yang lepas.

Ketagangan yang semakin meruncing bersama hierarki kelab dan pemain-pemainnya sebelum musim baharu ini bermula adalah peringatan menakutkan mengenai musim ketiga Mourinho yang dipenuhi malapetaka di Chelsea dan Real Madrid.

Di dalam kempen-kempen itu Mourinho kehilangan jawatannya walaupun memenangi liga pada musim sebelum itu.

Pada ketika pencabar terdekatnya, City dan Liverpool memperkukuhkan skuad masing-masing bagi mendapatkan kejuaraan pada musim ini, segalanya tidak menjadi buat Mourinho yang bakal menyaksikan badi musim ketiganya berulang kembali.

 

Image result for premier league 2018/19

City masih lagi menjadi penanda aras

Si juara City kekal sebagai pasukan yang harus dikalahkan selepas memecahkan beberapa rekod dalam perjalanan mereka ke arah kejuaraan liga.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di bawah kendalian Per Guardiola, City tidak berbelanja besar untuk mendapatkan kelebihan ke atas lawannya, walaupun mereka ada menambah pilihan serangan mereka dengan menandatangani Riyad Mahrez dengan yuran perpindahan bernilai £60 juta (RM 314 juta).

Tetapi mereka sebenarnya tidak perlu membeli sesiapa selepas mendapatkan ramai bakat-bakat muda pada tahun-tahun sebelum ini.

Kini banyak mata-mata yang akan melihat kepada pemain seperti Bernardo Silva dan Gabriel Jesus, sementara kepulangan Benjamin Mendy daripada kecederaan lutut telah menyelesaikan masalah City di bahagian pertahanan kiri.

 

Image result for maurizio sarri

Adakah Sarri akan diberi masa?

Chelsea masih lagi tercari-cari tempo permainan mereka selepas kelab itu melambat-lambatkan pemecatan Antonio Conte dan mengambil Maurizio Sarri sehingga empat minggu sebelum sepak mula musim baharu.

Sarri membentu Napoli menjadi salah satu pasukan yang harus diperhatikan di Eropah dalam masa tiga musim, sehingga khususnya mendapat pujian daripada pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Walau bagaimana pun, corak permainan menyerang dan hantaran pantas memerlukan persiapan yang banyak di pusat latihan. Dengan kebanyakan pemain-pemain kunci Chelsea baru sahaja mula kembali pada minggu ini selepas pengecualian kerana terlibat dengan Piala Dunia, pengurus dari Itali itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk menerapkan ideanya itu.

Kegagalan Chelsea untuk merancang ke hadapan juga jelas kelihatan apabila lambat mencari pengganti kepada penjaga gol Thibaut Courtois yang telah meninggalkan kelab itu untuk menyertai Real Madrid pada hari Rabu. Pengganti penjaga gol dari Belgium itu, Kepa Arrizabalaga, akan menjadi penjaga gol yang paling mahal apabila dia melengkapkan perpindahan bernilai £71-million (RM372 juta) dari kelab Athletic Bilbao.

Sarri patut boleh mendapatkan khidmat Eden Hazard, Willian dan N’Golo Kante walaupun terdapat spekulasi mengenai masa depan mereka di Stamford Bridge.

 

Image result for arsenal unai emery

Era baru buat Arsenal

Berbeza dengan Chelsea, Arsenal bertindak pantas apabila mendapatkan Unai Emery sebagai pengganti Arsene Wenger di Emirates dan tanpa berlengah-lengah menyusun semula pasukan itu dengan memfokuskan bahagian pertahanan sebagai keutamaan untuk memastikan the Gunners kembali ke empat pasukan terbaik.

Dengan pembelian penjaga gol Bernd Leno, pemain pertahanan berpengalaman Sokratis Papastathopoulos dan Stephan Leichsteiner serta pemain tengah Lucas Torreira dari Uruguay patut memberikan Arsenal tulang belakang yang lebih kukuh.

Dan  pasti menarik di bahagian serangan apabila Pierre-Emerick Aubameyang, Henrikh Mkhitaryan, Mesut Ozil dan Alexandre Lacazette bergabung sepanjang musim buat pertama kalinya.

Emery bakal berdepan cabaran besar apabila terpaksa berdepan City dan Chelsea di dua perlawanan pertamanya di Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan Arsenal mampu bermula pantas kerana mereka tidak begitu terjejas dengan pengecualian pemain-pemain untuk pulang awal ke kelab masing-masing kerana penglibatan mereka di Piala Dunia berbanding lawan mereka di enam teratas.

 

Image result for fulham wolves

Tiada batasan buat pendatang baharu

Cita-cita buat pasukan-pasukan yang baru diangkat pasti mahu mengekalkan status Liga Perdana Inggeris mereka, tetapi penglibatan Wolves dan Fulham di dalam jendela perpindahan kali ini menunjukkan mereka mahu menamatkan musim ini di separuh terbaik apabila mereka kembali ke liga utama England.

Wolves sekali lagi menggunakan hubungan rapatnya bersama ejen super Jorge Mendes bagi mendapatkan oemain berpengalaman dari Portugal, Rui Patricio dan Joao Moutinho.

Fulham pula berjaya menandatangani pemain tengah Ivory, Jean Micheal Seri dan turut berbelanja besar bagi mendapatkan Aleksandr Mitrovic secara pinjaman daripada Newcastle dan Alfie Mawson, serta pemain kebangsaan Jerman, Andre Schurrle.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker