Gaya Hidup

5 Tempat Anda Sering Tertinggal Ketika Membersihkan Rumah

Membersihkan rumah adalah bukan tugas yang mudah kerana setiap ruang perlu diberi perhatian agar sebarang habuk dan kotoran tidak ditinggalkan.

Kebanyakan orang yang membersihkan rumah sering terlepas pandang 5 tempat ini. Teruskan membaca untuk mengetahui senarainya.

1. Bilah kipas siling

Kipas siling adalah tempat kotoran, tungau debu, dan habuk yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika tidak dibersihkan.

Anda memerlukan tangga, beg kain atau saring bantal lama, dan air yang dicampur cuka.

Pastikan kipas dimatikan terlebih dahulu. Sapukan larutan pencuci pada sarung bantal dan letakkan sarung bantal di atas satu bilah kipas dengan bahagian yang lembap bersentuhan dengan bahagian atas bilah kipas. Lalukan sarung bantal pada bilah kipas dan kotoran akan jatuh ke dalam sarung bantal dengan kemas. Ulangi sehingga berkilau!

2. Penutup lampu

Tempat penutup lampu biasanya dipenuhi dengan serangga mati. Ia adalah sesuatu yang buruk  memandangkan mentol yang kotor memancarkan 30% kurang cahaya.

Anda perlukan tangga, pencuci pinggan mangkuk, span, dan kain mikrofibre.

Pastikan lampu dimatikan sepenuhnya sebelum menanggalkan penutup. Bersihkan sebarang kotoran dan rendam penutup lampu di dalam air sabun. Gosok tempat kotoran dan keringkan dengan kain microfibre. Tunggu sehingga kering sepenuhnya sebelum dipasangkan semula.

3. Tombol dan pemegang pintu

Tempat ini mungkin kecil tetapi ia adalah tempat perkumpulan bakteria dan kuman. Anda memerlukan cecair pembersihan antibakteria atau larutan cuka putih dan kain pembersih.

Bersihkan semua pemegang dan tombol pada semua pintu dan tingkap di sekitar rumah sekurang-kurangnya secara mingguan.

4. Mesin basuh & mesin basuh pinggan mangkuk

Anda perlukan kain lembap dan semburan cuka putih. Lap ke seluruh ruang mencuci dalam mesin basuh, bersihkan di sekitar permukaan atas dan jangan lupa membersihkan ruang detergen. Ikuti prosedur yang sama untuk mesin basuh pinggan mangkuk.

5. Pemegang berus tandas

Anda memerlukan mop, kain pembersih, pembersih serba guna, sarung tangan, dan semburan antibakteria.

Anda disyorkan untuk membersihkan pemegang berus tandas anda setiap kali anda membersihkan tandas. Lap batang pemegang berus tandas . Seterusnya, semburkan beberapa pembasmi kuman di berus tandas dan pemegangnya, kemudian biarkan ia selama kira-kira 10 minit sebelum bilas dengan  air panas dan biarkan kering.

Sumber: iProperty

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker