Sukan

Kroenke Bakal Menjadi Pemilik Tunggal Arsenal

Pemegang saham terbesar Arsenal, Stan Kroenke pada hari Selasa mengumumkan satu tawaran untuk membeli keseluruhan saham kelab bola sepak utara London itu yang bernilai £1.8 billion (RM9.5 bilion)

Mogul sukan dari Amerika itu pada awalnya sudah pun memegang 67% saham Arsenal melalui syarikatnya KSE, telah mencapai persetujuan bersama jutawan Rusia, Alisher Usmanov berkenaan penjualan 30% saham miliknya, menurut satu kenyataan daripada London Stock Exchange.

“KSE percaya peralihan kepada pemilikan penuh persendirian akan membawa kebaikan kerana pemilik tunggal dapat bergerak pantas bagi menjayakan strategi kelab dan cita-cita,” ujarnya di dalam satu kenyataan.

“KSE komited sebagai pemilik kelab ini untuk jangka masa panjang”.

Kroenke yang juga pemilik kelab football Los Angeles Rams American, telah menjadi sebahagian daripada Arsenal sejak tahun 2007, dan perlahan-lahan meningkatkan pegangan sahamnya di dalam kelab itu.

Usmanov yang dilahirkan di Uzbekistan, menjana kekayaannya melalui industri besi, dilaporkan telah banyak kali membida untuk mengambil alih kelab itu tetapi semuanya telah ditolak.

Usmanov sering mengkritik cara pemilikan Kroenke yang pasif, yang sejak kebelakangan ini turut diungkit oleh penyokong-penyokong kelab itu yang melihatnya sebagai kesanggupan lembaga pengarah kelab itu yang tidak kisah dengan prestasi kelab itu asalkan kestabilan komersil dijaga.

Dibawah syarat-syarat pengambilalihan, jika Usmanov bersetuju dengan tawaran itu, ia secara automatik akan menyebabkan saham yang dipegang pemegang saham kecil turut terjual.

“Kami di KSE akan meneruskan dengan tawaran ini untuk mendapatkan 100% pemilikan kelab ini,” ujar Kroenke.

“Kami menghargai dedikasi yang ditunjukan oleh En. Usmanov terhadap Kelab Bola Sepak Arsenal.”

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button