Hiburan

Elise Trouw, Si Cantik Multi Instrumentalis

Mungkin ramai yang tidak kenal lagi kepada artis menawan ini. Bukan sahaja memiliki suara yang merdu, malah mempunyai kebolehan bermain pelbagai instrumen muzik dan mencipta lagu.

Elise Trouw, dilahirkan di pada Newport Beach, California, Amerika Syarikat pada 27 April 1999.

Atas minatnya untuk bermain lagu “My Immortal’ oleh Evanescence, Elise belajar bermain piano pada usia 6.

Elise juga menyatakan atas keseronokan bermain drum pada permainan video ‘Rock Band’, beliau mula belajar bermain drum dengan seorang guru pada umur 10 tahun.

Bakatnya mula menyinar selepas keupayaan beliau menyanyi sambil bermain instrumen muzik. Elise dilamar Pacific Records of San Diego di California pada November 2015 dan berjaya mengeluarkan 4 single hasil ciptaannya iaitu “X Marks the Spot”, “She Talking”, “Your Way”, and “Burn” sepanjang kontrak beliau bersama syarikat itu.

Pada September 2016, Elise meninggalkan Pacific Records dengan membeli kontraknya sendiri dan mengambil alih sepenuhnya kepada hak lagu ciptaan beliau.

Elise kemudiannya menubuhkan syarikat muzik sendiri dan mengeluarkan album sulung pertamanya berjudul ‘Unraveling’ pada Februari 2017.

Album ini menampilkan 10 lagu hasil ciptaan dan antara lagu hit di dalam album ini adalah Unraveling, Burn dan Awake.

Elise mula menjadi perhatian orang ramai setelah menyaksikan video muziknya di Youtube yang mencapai hingga  4 juta jumlah tontonan. Dalam muzik video itu, Elise menyanyikan lagu mashup Foo Fighters dan Bobby Caldwell sambil bermain beberapa instrumen muzik pada masa yang sama.

Bukan sahaja rupanya yang menjadi perhatian, namun bakatnya menyanyi dan bermain muzik dalam masa yang sama juga menjadikan Elise Trouw artis pilihan Toodia minggu ini.

Show More

Related Articles

Back to top button