AntarabangsaAsiaIsu Semasa

730,000 Ekor Anjing Dimakan Setiap Tahun Di Indonesia

Kerajaan Indonesia sedang melakukan persiapan untuk memperkenalkan peraturan baru yang akan melarang perdagangan daging haiwan peliharaan dan eksotik.

Langkah ini telah mendapat sambutan yang positif daripada aktivis hak haiwan, dan menurut seorang pegawai kerajaan, ia bertujuan untuk mempromosikan kebajikan haiwan serta membendung penyakit.

Lapor Reuters, penduduk di beberapa wilayah di Indonesia gemar memakan daging anjing dan oleh itu, kerajaan ditekan kuat oleh kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan untuk menangani isu tersebut.

“(Daging anjing) bukan makanan, menurut undang-undang makanan kami,” tegas Syamsu Ma’rif, pengarah¬†kesihatan awam veterinar di Kementerian Pertanian.

Beliau berkata, kementerian berkenaan masih sedang mengumpul bahan-bahan yang sewajarnya untuk menyokong larangan baru yang bakal diperkenalkan ini.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang garis masa mengenai bila undang-undang ini akan mula dikeluarkan atau berkuatkuasa.

Sehingga kini juga, masih tiada data mengenai berapa banyak daging anjing yang dimakan di Indonesia, namun sebuah kajian yang diedahkan oleh Kementerian Pertanian menunjukkan bahawa kira-kira 730,000 dibawa masuk dari Jawa Barat ke Jakarta setiap tahun untuk dijadikan hidangan.

Sementara itu, Pakatan Perlindungan Anjing Asia mendedahkan bahawa di Vietnam pula, sebanyak 5 juta ekor anjing di makan di negara itu setiap tahun.

“Adat berkembang dan pergerakan menggesa larangan perdagangan ini di seluruh negara adalah bukti bahawa Indonesia sudah bersedia untuk mengharamkan perdagangan daging anjing.

“Pengumuman terbaru ini akan diraikan di seluruh dunia,” kata¬† kata Lola Webber, penyelaras pertubuhan Dog Meat-Free Indonesia.

Pertubuhan itu turut memberi amaran bahawa memakan daging anjing atau kucing akan menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada virus rabies.

Dalam pada itu, sebuah organisasi, Humane Society International berkata, langkah yang diambil oleh Indonesia ini juga boleh memberi impak yang besar di seluruh Asia, termasuk di negara-negara lain yang menjadikan daging anjing sebagai hidangan seperti China, Korea dan Vietnam.

“Tekanan daripada pihak Barat memang dihargai, tetapi tindakan Indonesia melarangnya (perdagangan daging haiwan peliharaan dan eksotik) akan menjadi langkah yang lebih berkuasa untuk melakukan perubahan,” kata pengarahnya, Wendy Higgins.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker