AntarabangsaIsu SemasaSains

207 Aktivis Alam Sekitar Dibunuh Pada Tahun 2017

Menggemparkan apabila didapati lebih daripada 200 aktivis alam sekitar telah dibunuh sepanjang tahun lalu.

Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila pemerhati hak global berkata pembunuhan ini dibayar oleh kerajaan negara terlibat dan dikaitkan dengan projek yang mendatangkan hasil lumayan oleh pertanian multinasional. Angka korbannya pula semakin meningkat saban hari.

Global Witness berkata sebanyak 207 kes telah dicatatkan apabila aktivis ini dibunuh semasa cuba mempertahankan tanah yang dilindungi daripada projek pembangunan. Antara projek pembangunannya ialah menanam produk permintaan ramai seperti kopi. Angka ini dikatakan terburuk dalam rekod para pencinta alam sekitar.

“Dengan peningkatan permintaan orang ramai terhadap produk-produk ini, pasti akan ada para peniaga yang mahukan keuntungan terhadapnya dengan mengambil sejumlah tanah untuk menghasilkan produk tersebut,” kata Ben Leather dari Global Witness.

“Apabila terdapat orang yang berani untuk tampil mempertahankan hak mereka dan mahukan alam sekitarnya dilindungi, mereka disenyapkan dengan cara yang sangat dasyat.”

Badan pemerhati berkata mereka mempunyai bukti terdapat badan kerajaan, tentera dan polis yang terlibat dalam pembunuhan 53 orang.

“Itu baru pelaku individu, belum lagi kes yang melibatkan kumpulan samseng yang mengugut dan melancarkan serangan,” kata Ben.

“Selain daripada itu, terdapat juga kes di mana kerajaan membenarkan syarikat melakukan perniagaan tanpa memastikan hak perlindungan orang tempatan. Mereka ini juga bersekongkol di dalam pembunuhan ini,” tambahnya.

Brazil dikatakan antara negara yang paling berbahaya untuk aktivis tanah dengan catatan 57 pembunuhan pada tahun 2017. Ini diikuti oleh Filipina dengan 48 pembunuhan.

Ben Leather turut mendedahkan bahawa selain daripada pembunuhan, mereka turut mendapat ugutan bunuh, peras ugut, tangkapan, serangan siber, serangan seksual dan tindakan undang-undang.

Global Witness telah secara terang-terangan mengkritik Presiden Brazil, Michel Temer dan menuduh pentadbirannya telah melonggarkan pengawalan perniagaan pertanian semasa tahun pilihanraya beliau.

Global Witness yang telah mendokumentasikan kematian-kematian ini sejak tahun 2017 turut melihat tujuh kes dengan empat aktivis dibunuh pada masa yang sama termasuk pembunuhan lapan orang kampung yang membantah penanaman kopi yang dijalankan oleh tentera Filipina.

Menurut mereka, mangsa keganasan kebanyakannya ialah dari kalangan penduduk asli kawasan tersebut. Mereka ini sering dipinggirkan hak mereka oleh kerajaan dan dipandang enteng oleh masyarakat.

Ben Leather sedang mencuba untuk memastikan komuniti kecil ini dilindungi di samping memastikan para pelabur perniagaan pertanian untuk mengurangkan keganasan dan menunjukkan ketelusan yang benar. – AFP

Sumber Imej Terencana: nationofchange.org

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker