Tempatan

Ibu Bekerja Paling Terdedah Kepada Masalah Kesihatan Mental

Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat. Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

Hal tersebut lebih ketara di kalangan ibu bekerja dan ibu bapa tunggal kerana mereka paling terdedah kepada masalah kesihatan mental di tempat kerja, kata Dr Loo Tsui Huei.

“Ini terutamanya di mana sokongan emosional mungkin tidak mudah diperoleh,” kata pakar psikiatri perunding Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dr Loo berkata selepas hari yang sukar di tempat kerja, ramai ibu terus menjalankan beban yang sama berat untuk menjaga keluarga mereka di rumah.

“Ibu yang bekerja juga sering bergelut dengan rasa bersalah bahawa mereka jauh dari anak-anak mereka ketika mereka sedang membesar,” katanya pada temu bual semalam.

Dr Loo berkata ia adalah penting untuk ibu-ibu mempunyai masa untuk diri sendiri, dan belajar bagaimana cara melepaskan tekanan untuk memulihkan diri dari segi keletihan mental dan fizikal.

“Memiliki persekitaran kerja yang meberi sokongan dapat membantu mengekalkan produktiviti di kalangan ibu bekerja,” tambahnya.

Beliau juga menyeru majikan untuk menjaga kesejahteraan pekerja mereka secara aktif, kerana ramai pekerja akan pendam rasa perasaan mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button