Gaya HidupKesihatan

5 Kebaikan Aloe Vera Untuk Kulit Anda

Aloe Vera sudah digunakan selama berkurun lamanya dan semua orang tahu bahawa ianya sangat baik untuk menyembuhkan kulit yang “terbakar” akibat sinaran matahari (sunburn)  – tetapi, tahukah anda akan kebaikannya dari aspek kecantikan juga?

Disebabkan ramuannya yang mengandungi lebih daripada 200 asid amino aktif-biologi dan pelbagai jenis vitamin dan antioksida, aloe vera bukan sahaja terbukti baik untuk kulit anda, malah juga buat kesihatan kardiovaskular.

Berikut adalah antara senarai teratas bagi kebaikan aloe vera buat anda.

1. Gunakannya Sebagai Pemadam Makeup

Percaya atau tidak, aloe vera mempunyai sifat di mana ia boleh memadam makeup anda dengan hanya beberapa sapuan. Apa yang anda perlu buat adalah letakkan sedikit aloe vera tersebut di atas kapas dan mulakan rutin anda.

2. Membaik Pulih Kedut

“Dalam kajian sejarah dermatologi yang diterbitkan pada tahun 2009, para penyelidik mendapati penggunaan selama 90 hari suplemen dalaman gel aloe, boleh menyebabkan kedutan kelihatan bertambah baik dengan ketara. Selain itu, aloe vera juga telah meningkatkan keanjalan pada kulit manusia,” kata Jennifer Linder, M.D., ketua pegawai saintifik untuk PCA KULIT.

3. Sebagai Makeup Bulu Kening Anda

Mudah sahaja, celupkan batang mascara yang masih belum digunakan ke dalam gel aloe vera untuk membuatkan kening anda kekal kemas sepanjang hari.

4. Kurangkan Keradangan Kulit

Selalunya apabila kulit anda berjerawat, kulit akan menjadi kemerah-merahan dan gatal-gatal.

Aloe vera dapat membantu mengurangkan keradangan dan kemerahan, dan ia juga didapati berkesan untuk apa-apa jenis keadaan kulit, bukan hanya yang berjerawat.

5. Membuatkan Mulut Anda Kekal Sihat

“Kajian yang dibuat pada 2014 menunjukkan bahawa polisakarida dari aloe vera membantu mengurangkan ulser mulut dan kesakitan yang berkaitan dengannya,” kata Linder dipetik dari womenshealthmag.

Tumbuhan ini juga dikenali untuk membantu memulihkan gingivitis apabila disapu kerana ia mengurangkan bengkak, keradangan, dan pendarahan gusi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button