AntarabangsaIsu Semasa

Jepun Hasilkan Masjid Bergerak Untuk Kaum Muslim

Sementara Jepun sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020, sebuah syarikat acara sukan dan kebudayaan Tokyo telah mewujudkan sebuah masjid bergerak yang akan memudahkan pengunjung beragama Islam menunaikan solat.

Yasuharu Inoue, Ketua Pegawai Eksekutif Yasu Project, berkata ia membimbangkan jika terdapat kekurangan masjid untuk pelawat Muslim pada tahun 2020 bagi sebuah negara yang menganggap dirinya sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.

Masjid Mobile (Masjid bergerak) boleh bergerak ke kawasan-kawasan Olimpik yang berbeza jika diperlukan.

“Sebagai sebuah negara yang terbuka dan mesra, kami ingin berkongsi idea ‘omotenashi’ (hospitaliti Jepun) dengan kaum beragama Islam,” katanya.

Masjid Mobile pertama telah diumumkan awal minggu ini di luar Stadium Toyota, sebuah lokasi bola sepak J-League di Toyota City, yang juga ibu pejabat syarikat kereta itu dengan nama yang sama.

Bahagian belakang trak 25-ton yang diubahsuai dihias untuk mendedahkan pintu masuk dan kemudian sisinya dilebarkan. Bilik sebesar 48sq-m boleh menampung seramai 50 orang.

Masjid tersebut juga menyediakan ruang untuk mengambil wudhu.

“Masjid Mobile sangat penting kepada umat Islam, orang Jepun atau pelancong yang melawat Jepun,” kata Nur Azizah, seorang pelajar dari Indonesia.

Ia dianggarkan 100,000 hingga 200,000 orang Islam tinggal di Jepun.

Inoue berkata beliau mendapat inspirasi untuk projek itu ketika dalam perjalanan ke Qatar empat tahun lalu.

Pada mulanya, penganjur projek merancang untuk menyasarkan acara sukan antarabangsa di Jepun dan luar negara. Inoue berharap projek tersebut akan menjadi lebih daripada sekadar mengisi jurang dalam infrastruktur keagamaan.

“Saya sangat gembira jika orang dari Indonesia, Malaysia, Afrika, Timur Tengah dan pelarian yang datang dari Syria dapat menggunakan masjid itu sebagai tempat untuk mempromosikan keamanan dunia,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button