Gaya HidupKerjaya

Anda Boleh Menceburi Empat Sektor Ini Menggunakan Ijazah Bioteknologi

Secara umumnya Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi membolehkan anda meneruskan kerjaya dalam segala bidang berkaitan biologi.

Dekan Fakulti Sains Gunaan dari AIMST University, Prof Manickam Ravichandram berkongsi dengan TheStar bahawa bioteknologi memainkan peranan besar dalam pembangunan mekanisma rawatan yang baharu di samping mengkaji kemungkinan munculnya penyakit yang baharu supaya manusia boleh hidup dengan lebih sihat pada masa akan datang.

“Ia adalah penting untuk meramal dan menyembuhkan penyakit baharu yang boleh menyebabkan terbantutnya ketamudan manusia,” kata Prof Manickam sambil menambah tentang sel stem dan terapi gen sebagai salah satu kaedah penting untuk perawatan bidang perubatan pada masa akan datang.

Beliau juga berkongsi tiga sektor yang boleh graduan Bioteknologi menceburkan diri iaitu perubatan, farmaseutikal dan pertanian.

“Graduan Biotek yang ingin menceburkan diri dalam perubatan boleh bekerja di hospital ataupun sebagai pegawai sains, pegawai penyelidik perubatan dan banyak lagi.

Bagi yang ingin melangkah ke dunia farmaseutikal pula, anda boleh memainkan peranan untuk mencipta dadah ubat baharu,” ujar Prof Manickam.

Beliau turut berkongsi satu lagi bidang yang berkaitan biologi dan teknologi yang semakin maju iaitu teknologi makanan.

 Sumber imej terencana: ibnudi.net

Show More

Related Articles

Back to top button