Isu SemasaPolitikTempatan

Ramai Pemimpin Dunia Kagum Dengan Peralihan Kuasa Aman Di Malaysia

Pemimpin-pemimpin dunia telah meluahkan kekaguman mereka terhadap komitmen rakyat Malaysia dalam memastikan proses pertukaran kerajaan berjalan dengan aman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin daripada United Kingdom, Turki, India, Indonesia dan sebagainya, telah memaklumkan kepada beliau bahawa rakyat Malaysia telah melakar sejarah baru dalam melakukan perubahan.

“Saya telah melawat pelbagai negara dan pemimpin-pemimpinnya berkata rakyat Malaysia melakar sejarah kerana berhasrat untuk melakukan perubahan.

“England, Turki, India dan Indonesia berkata, perubahan dilakukan tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah, pergaduhan, atau pembunuhan,” kata Anwar ketika berucap di Bandar Puteri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini.

Memetik laporan New Straits Times, bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyatakan bahawa Menteri Luar India amat teruja apabila melihat perpaduan dan kegembiraan rakyat Malaysia selepas selesai PRU14.

Sebagai penghargaan kepada para pengundi, Anwar berkata, kejayaan Pakatan Harapan (PH) dalam “Bapa Segala Pilihan Raya” itu bukan hanya kerana disebabkan usaha-usaha beliau, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, atau penasihat DAP Lim Kit Siang.

Tetapi, jasa rakyat Malaysia adalah faktor utama yang membawa kepada kemenangan PH buat pertama kali dalam sejarah negara.

“Anda telah memberi sumbangan besar kepada negara, termasuk di Sungai Kandis, kerana berani untuk mengubah kerajaan.

“Melayu, Cina dan India (serta kaum-kaum lain) bersatu padu mahukan kerajaan yang bebas rasuah.

“Orang kata bahawa kemenangan PH adalah kerana Kit Siang, Anwar atau Mahathir. Tetapi saya mahu mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia di atas kemenangan ini,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button