Sukan

Liew Daren Tumbangkan Pemain Keenam Dunia

Pemain badminton bebas Liew Daren menjulang tinggi bendera Malaysia apabila dia mara ke peringkat suku akhir perseorangan lelaki di pertandingan Kejuaraan Dunia dengan penuh gemilang.

Dilabel sebagai pemain yang tiada harapan, Daren terus menutus mulut pengkritik selepas mendapatkan satu lagi kemenangan dengan menewaskan pemain nombor lima dunia dari India, K. Srikanth 21-18, 21-18 di pusingan ketiga di Youth Olympic Sports Park Arena di Nanjing, China.

Daren akan bertemu Kanta Tsuneyama dari Jepun, yang menewaskan Brice Leverdez dari Perancis dengan mata 21-17, 21-15 di dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga, dan peluangnya untuk melangkah ke pusingan separuh akhir pertamanya nampak cerah.

Pencapaian terbaiknya di pertandingan ini sehingga kini adalah berjaya sampai ke pusingan ketiga sahaja selepas menewaskan Chen Long di Guangzhou pada tahun 2013.

Semalam. Daren berada di dalam dunianya sendiri ketika dia mengatasi Srikanth.

“Ini adalah pencapaian terbaik saya sebagai pemain bebas, tetapi saya akan menjadikannya lebih baik,” ujar Daren.

“Pada mulanya, saya tidak tahu jika saya dapat melepasi pusingan pertama dan kini saya bermain di peringkat separuh akhir. Saya akan teruskan perjuangan – separuh akhir, akhir? Kita tidak tahu.

“Tiada tekanan langsung.”

Daren yang meninggalkan Persatuan Badminto Malaysia (BAM) pada awal tahun 2016, berpendapat kerjayannya sebagai pemain badminton profesional akhirnya membuahkan hasil.

“Ia bukan jalan yang mudah,” kata juara Terbukan Perancis 2012 itu.

“Sebagai seorang pemain profesional, anda perlu merangka semuanya sendiri. Daripada persediaan untuk perlawanan, anda perlu juga merancang pengangkutan dan tempahan hotel.

“Ketika saya bermain bersama pasukan kebangsaan, semuanya telah disediakan.

“Tetapi yang paling sukar adalah untuk mencari penaja.

“Saya mahu berterima kasih kepada AirAsia. Mereka menjadikan perjalanan ini satu kenyataan buat saya dan sya harap i telah membalas kepercayaan mereka dengan keputusan ini.”

Semetara itu, perjalanan Goh Jin Wei berakhir di perlawanan perseorangan wanita apabila pemain berusia 18 tahun itu tewas 21-23, 13-21 dalam masa 46 minit kepada juara bertahan Nozomi Okuhara dari Jepun.

“Ia adalah satu pengalaman yang berguna apabila menentang beliau,” ujar Jin Wei

“Beliau menunjukkan terdapat banyak perkara yang perlu saya perbaiki untuk mencapai tahap beliau sekarang. Secara keseluruhan, saya gembira dengan debut Kejuaraan Dunia saya, saya tidak mempunyai sebarang rungutan dengan apa yang telah terjadi.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button