Teknologi

Fortnite 5.10: Lebih Senjata Lebih Kuasa

Peminat permainan video Fortnite pasti tidak sabar dengan kemaskini 5.10 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kemaskini ini juga dilaporkan akan disertakan sekali mod terbaru, beberapa senjata baru dan kembalinya senjata lama dengan modifikasi terbaru.

Dalam satu kenyataan, Epic Games mengumumkan Fly Explosives merupakan kemaskini terbesar untuk edisi kali.

Ia merupakan mod dengan masa terhada dimana pemain dapat menggunakan senjata dengan kuasa yang hebat disamping dapat memakai jetpek.

Jetpek telah dikemaskini di mana masa jana semula dipendekkan dan kadar pembakaran minyak dikurangkan bagi memberi lebih masa kepada pemain menggunakan apabila bermain di dalam Fly Explosive.

Guided Missile (peluru berpandu) juga kembali untuk kemaskini kali ini. Senjata ini pernah dikeluarkan dari Fortnite pada April kerana dikatakan sangat kuat dan hebat.

Untuk kali ini, beberapa pekara telah diubah berkaitan guided missile ini iaitu:

  • Durasi masa pembakaran dikurangkan dari 15 saat ke 18 saat.
  • Kelajuan peluru juga dikurangkan dari 1100 kepada 1000
  • Masa untuk isi-semula dinaikkan dari 2.2 kepada 2.4
  • Kadar damage pula dikurangkan kepada 74/77 dari 105/110

Selain itu, satu sniper rifle (senapang penembak curi) juga diperkenalkan sebagai salah satu senjata baru.

Spyglass Sniper Rifle merupakan sebahagian dari Set Senjata Flintlock yang dikatakan ‘kuat’ kerana setiap  ditembak, pemain akan mengelungsur ke belakang. ‘Kuat’ la katakan..

Ini adalah sebahagian dari kemaskini yang akan diterima pemain-pemain Fortnite untuk naiktaraf kali ini.

Selebihnya akan diperkenalkan nanti apabila naiktaraf 5.10 mula beroperasi kelak.

Show More

Related Articles

Back to top button