AntarabangsaIsu SemasaPolitik

“Negara Asing Jangan Masuk Campur Urusan Kemboja” – China

Parti pemerintah Kemboja, Cambodian People’s Party (CPP) telah meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum pada 29 Julai baru-baru ini, dan dijangka akan membentuk kerajaan baru dalam tempoh 60 hari.

Pilihan raya yang disifatkan sebagai “tidak adil dan bebas” itu telah dikritik hebat oleh pelbagai pihak, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta kuasa-kuasa Barat.

Kritikan ini muncul apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Hun Sen, bertindak membubarkan secara paksa parti pembangkang utama,┬áCambodia National Rescue Party (CNRP) kerana melakukan “pembelotan”.

Dalam pada itu, Sam Rainsy, iaitu bekas ketua pembangkang yang kini sedang hidup dalam buangan di Perancis berkata, pilihan raya yang baru diadakan itu adalah satu perkara yang ‘palsu dan melucukan’.

“Ia adalah pilihan raya yang lucu dan palsu, ia tidak mewakili suara rakyat,” katanya dalam satu temubual.

Walaupun ditentang oleh kuasa-kuasa asing, Kemboja tetap mendapat bantuan dan sokongan padu daripada China.

Memetik laporan Reuters, China merupakan sekutu diplomatik dan ekonomi yang terbesar buat Kemboja.

Memandangkan pilihan raya sudah pun tamat, Menteri Luar China, Wang Yi mengucapkan tahniah atas kemenagan Kemboja sambil memberi amaran kepada negara-negara lain supaya tidak masuk campur dalam urusan dalaman negara itu.

Wang berkata, keputusan pemilihan kali ini membuktikan “kepercayaan dan keyakinan” rakyat terhadap kerajaan pimpinan CPP.

“China sentiasa menyokong usaha Kemboja untuk melindungi kedaulatan, kebebasan dan kestabilannya, dan membantah mana-mana negara asing daripada masuk campur di dalam hal ehwal dalaman Kemboja,” kata beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, China juga berikrar untuk membantu Kemboja mengekalkan kestabilan dan terus membangun.

Wang dan rakan sejawatannya, Prak Sokhon turut menegaskan bahawa pilihan raya umum itu telah dilaksanakan dengan adil dan telus, di mana rakyat Kemboja telah memilih “keamanan, kestabilan dan pembangunan.”

“China merupakan rakan rapat Kemboja yang paling boleh dipercayai,” ujar Sokhon.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button