Sukan

England Mahu Southgate Kekal Sebagai Pengurus Selepas 2020

Gareth Southgate mungkin perlu memikirkan masa depan jangka panjangnya sebagai pengurus kepada pasukan kebangsaan England, dengan Persatuan Bola Sepak England sedang merancang untuk  menawarkan beliau satu kontrak baharu.

“Kami berharap dia akan kekal di sini selepas tahun 2020 (apabila kontrak Southgate tamat), dan saya rasa beliau juga mahukan sebegitu. Tetapi kami masih berlum berbincang mengenai perkara ini dengan lebih mendalam kerana itu akan menjadi perbincangan kontrak, dan beliau sedang bercuti sekarang, jadi kita akan berbincang apabila dia kembali,” kata ketua eksekutif FA, Martin Glenn kepada the Guardian.

Walau bagaimanapun, meyakinkan Southgate untuk menyambung kontraknya akan menjadi satu cabaran berikutan kemungkinan beliau ditarik untuk menjadi pengurus kelab Liga Perdana Inggeris berikutan kejayaannya di Piala Dunia Rusia.

“Ia adalah tugas kami untuk menjadikannya kompetitif, untuk memastikan beliau dan pegawai-pegawai kami dibayar secara kompetitif,” tambah Glenn.

“Kami tidak mampu untuk menyamai bayaran yang diberikan oleh kelab-kelab Liga Perdana.”

Di bawah Southgate yang memegang jawatan itu sejak 2016, England berjaya memenangi penentuan sepakan penalti mereka yang pertama dalam sejarah sebelum melangkah ke separuh akhir buat pertama kali sejak 28 tahun. England akhirnya menduduki tempat keempat selepas tewas kepada  Belgium di penentuan tempat ketiga dan keempat.

Glenn turut berkata Southgate memenuhi segalanya yang pihak FA mahukan, dan menyatakan persiapan yang diambil bekas pemain kebangsaan England itu sebagai sebab utama kejayaan yang tidak disangka-sangka negara itu di pentas Piala Dunia.

“Beliau telah benar-benar berkembang. Ia sangat mengujakan apabila melihat beliau di bawah situasi tertekan. Beliau adalah definisi pengurus moden yang kami mahukan. Beliau faham ia bukan sekadar memilih pasukan tetapi termasuklah segala aspek dibelakangnya dan memanfaatkan pasukan sokongan berkelas dunia.

“Saya pasti itu adalah perkara pertama yang beliau akan katakan.”

Show More

Related Articles

Back to top button