Gaya HidupMakan & Minum

Coca Cola Clear Tiba Di FamilyMart!

Jika sebelum ini anda pernah dengar tentang teh susu tiada warna. Anda mungkin akan terkejut dengan Coca Cola clear yang kini mula dijual di FamilyMart.

FamilyMart mengumumkan tentang minuman tersebut di Facebook mereka pada 19 Julai lepas.

Sama seperti Coke Zero dan Coke Light, Coca-cola versi ‘clear’ juga adalah minuman zero kalori, yang sesuai untuk mereka yang sedang menjaga berat badan atau individu yang tidak mahu makan terlalu banyak gula. Minuman baharu itu juga mempunyai sedikit perisa lemon di dalamnya dan formula asas dilaporkan telah berubah sedikit.

Minuman tersebut dikeluarkan sebagai sebahagian daripada kempen ‘Summer Fun & Fresh‘. Namun, harga minuman tersebut sedikit mahal dengan harga RM8.49 untuk botol 500ml. 
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close