FesyenGaya Hidup

Anggota ‘Highlight’ Inspirasi Fesyen K-Pop di Spao

Pernahkah anda terfikir untuk berpakaian dan bergaya seperti bintang K-pop? Jika anda peminat fesyen Korea, mungkin sudah tiba masanya anda menyemak koleksi pakaian gaya Korea di Spao.

Label fesyen Korea Selatan itu baru sahaja menonjolkan kumpulan lelaki popular, Highlight sebagai duta untuk menyambut kempen musim baru di Malaysia dan ia sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan inspirasi Fesyen.

Ketika ditemui di Seoul, anggota kumpulan Highlight, Yoon Doo-joon, Yong Jun-hyung, Yang Yo-seob, Lee Gi-kwang dan Son Dong-woon, menyatakan kegembiraan mereka sebagai duta Spao.

Menurut Yang, Spao menawarkan fesyen yang “trendy” dengan pelbagai gaya. Yang berkata bahawa mereka berharap untuk menjadi serba boleh sebagai duta seperti mana label Spao sendiri yang menyediakan pelbagai koleksi.

“Fesyen tidak dapat dipisahkan dari apa yang kita lakukan. Ia adalah pilihan gaya hidup. Berada dalam bidang muzik membolehkan kami mencuba gaya fesyen yang berbeza untuk menggambarkan watak yang berlainan,” jelas Yong.

Related image

Walaupun melengkapi satu sama lain dari segi berpakaian, kesemua ahli kumpulan Highlight itu masih mempunyai gaya tersendiri yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Spao menyediakan kelengkapan untuk lelaki yang menggemari gaya urban. Menawarkan trend terkini dari pakaian ke tali pinggang, tali leher dan beg, Spao dikatakan sebagai label kegemaran lelaki yang mementingkan kekemasan gaya.

Menurut Star2, label itu dilancarkan pada tahun 2009 dan kedai pertama dibuka di daerah Myeongdong di Seoul pada bulan September. Spao memasuki Malaysia enam tahun kemudian di Parkson Elite Pavilion Kuala Lumpur sebagai kedai pertamanya.

Kempen Spao x Highlight akan melihat lima ahli kumpulan Highlight sebagai bahan promosi di kedai. Visual yang berbeza dirakamkan secara eksklusif untuk pasaran Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana diberikan peluang untuk ‘bertemu’ dengan peminat Malaysia melalui Spao. Kami berharap dapat kembali ke Malaysia untuk persembahan pentas tidak lama lagi,” kata Lee pula.

“Kami sangat teruja dan pastinya menantikan pertemuan untuk berjumpa peminat di Malaysia pada masa akan datang,” tambah Son lagi.

Highlight

Dahulunya dikenali sebagai Beast, Highlight adalah salah satu band boy K-pop yang paling terkenal dan diminati ramai. Ahli-ahli kumpulan telah bekerjasama selama lapan tahun dan ia merupakan satu tempoh masa yang lama dalam industri hiburan yang sentiasa berubah-ubah.

Kumpulan itu telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Dolden Disks, Anugerah Muzik Seoul dan Anugerah Muzik Melon. Album terbaru Highlight yang berjudul Celebrate menampilkan lagu-lagu rancak dan catchy.

Untuk rakyat Malaysia, label fesyen Spao boleh ditemui di Parkson Elite Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Velocity Mall di Lembah Klang, serta Paradigm Mall Johor Baharu.

Show More

Related Articles

Back to top button