BudayaGaya HidupIbu dan Anak

5 Cara Mendidik Anak Untuk ‘Jaga Mulut’

Apabila kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sebaya yang lain pada usia lima atau enam tahun, tatabahasa mereka akan semakin luas dan adakalanya berlebihan sehingga “terbelajar” kata-kata kesat.

Namun begitu, pada usia ini jugalah masa yang terbaik untuk ibubapa mengajar anak penggunaan bahasa yang betul dan tingkah laku yang baik.

Ini dia lima cara untuk mengajar kanak-kanak penggunaan bahasa yang baik

  1. Ajar untuk lihat keadaan

Sesetengah perkataan mungkin boleh digunakan di rumah tetapi kemungkinan besar akan menyinggung perasaan orang lain apabila berada di luar. Dengan itu, sentiasa ingatkan anak anda untuk melihat keadaan sekeliling sebelum mengeluarkan kata-kata.

Ini juga termasuk penggunaan di dalam mesej di telefon dan sosial media.

2. Luaskan tatabahasa

Cuba cari perkataan lain untuk menggantikan perkataan yang kasar.

Galakkan anak anda untuk merujuk kamus untuk menggantikan perkataan yang kedengaran kasar kepada sesuatu yang lebih ringan di telinga. Contohnya perkataan ‘bodoh’ digantikan dengan ‘tidak bijak’, ‘buruk’ diganti dengan ‘kurang cantik’.

Selain itu, anda boleh mencari alternatif yang kreatif dengan menggambarkan perasaan yang positif atau menggunakan perkataan disebalik perkataan kasar tersebut. Contohnya perkataan ‘bodohnya dia’ kepada ‘pandainya dia’.

3. Perkataan kasar memang akan menyakitkan hati

Perkataan yang tidak baik atau kasar sememangnya akan menyakitkan hati. Oleh itu, sentiasa mengingatkan kanak-kanak jika kita tidak mahu disakiti, jangan menyakitkan hati orang lain. Ini termasuk perkataan yang berbaur perkauman.

Jika terlihat di televisyen orang berkata kasar, ingatkan anak-anak untuk tidak mengikuti cara watak tersebut dan cuba bertanya bagaimana dia boleh menangani hal tersebut. Jika jawapannya tidak tepat, tugas ibubapa untuk mengajar mereka untuk berfikir dan melakukan perkara yang betul.

4. Kata-kata mencerminkan peribadi

Semasa masih kecil ada yang menganggap dengan mengucapkan kata-kata kasar adalah sesuatu yang ‘cool‘. Tetapi sebetulnya orang yang bercakap kasar akan menunjukkan peribadi yang tidak matang dan tidak sopan. Perkara ini juga akan mencerminkan keluarga terutama ibubapa mereka.

Sentiasa mengingatkan kanak-kanak untuk berfikir sebelum berkata-kata. Ini juga termasuk kata-kata yang ditulis di laman sosial media.

5. Hadkan pendedahan

Sebagai ibubapa adalah tanggungjawab anda untuk memantau apa yang mereka baca, tonton dan dengar. Oleh itu, anda perlu pastikan semua perkara ini dengan melihat amaran yang dikeluarkan terlebih dahulu seperti 13PG, 18SX dan sebagainya.

Jika di laman web tersebut memaparkan komen dengan kata-kata kasar atau tidak senonoh, cari cara untuk mereka tidak dapat melihatnya.

Sumber Imej Terencana: gengkepoh

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button