Sukan

Pemain Bimbang Perangai Mourinho Merosakkan Musim United

Dengan kurang dari dua minggu sahaja lagi sebelum bermulanya musim ketiga Jose Mourinho di Manchester United, pengurus itu terdapat pelbagai perkara untuk difikirkan.

Perasaan berang yang ditunjuk secara terbuka mengenai persembahan hambar United ketika lawatan mereka ke AS telah menyebabkan pemain-pemainnya berasa tidak senang duduk dengan musim Liga Perdana yang akan datang ini.

Terdapat kepercayaan bahawa kempen musim 2018-19 boleh terjejas sebelum ia bermula akibat perangai pengurus dari Portugal itu, menurut The Telegraph.

Semangat seluruh pasukan dilihat goyah akibat kata-kata Mourinho mengenai kegusarannya ke atas kekurangan pilihan pemain, kerana United kekurangan beberapa pemain kesebelasan utama yang diberi cuti panjang selepas bertanding di dalam Piala Dunia.

Para pemain berasa tegang apabila berada disekeliling Mourinho kerana tidak mahu menjadi sasaran tidak puas hati pengurus berusia 55 tahun itu.

Mourinho pertama sekali mengkritik Antonio Valencia kerana tahap kecerdasan pemain itu dilihatnya sebagai tidak memuaskan sebelum menumpukan perhatiannya ke arah Anthony Martial yang gagal sertai pasukan itu beberapa hari selepas kelahiran anaknya. Difahamkan Martial memberi reaksi negatif terhadap komen-komen Mourinho, sekaligus menjejaskan kedudukannya di United, lebih-lebih lagi selepas musim sebelum ini di mana dia kurang mendapat peluang bermain dan dilaporkan tidak sabar untuk meninggalkan kelab itu.

Selepas kekalahan 4-1 United di tangan Liverpool, Mourinho berkata dia tidak mahu menonton pasukannya bermain. Sebelum ini mereka hanya berjaya mencatatkan keputusan seri bersama kelab dari Mexico, Side America, kelab San Jose Earthquakes dari MLS serta AC Milan.

Kritikan polisi jendela perpindahan United pada musim panas ini turut dilaporkan telah menyebabkan hubungan Mourinho dengan pengerusi Ed Woodward “sangat tegang,” selepas pengurus itu menyuarakan kebimbangannya mengenai kebolehan kelab itu menandatangai pemain sebelum musim ini bermula.

Walaupun United telah melengkapkan perpindahan pemain tengah Fred, pemain pertahanan Diogo Dalot dan penjaga gol Lee Grant, Mourinho yang mendakwa telah memberikan senarai lima pemain kepada Woodward sejak berbulan yang lalu, dipercayai “terdesak” untuk menarik seorang pemain pertahanan tengah.

Edward dan Ducker menambah bahawa perubahan mood Mourinho, sedikit-sebanyak, disebabkan oleh keluarnya pembantu Rui Faria yang telah lama bersamanya, yang mengumukan perletakkan jawatannya selepas tamat musim lepas.

United akan menentang Leicester City di perlawanan pembukaan pada 10 Ogos, sehari selepas jendela perpindahan Liga Perdana ditutup.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button