Isu SemasaPolitikTempatan

Mahathir Mahu Sekat Pengaruh Anwar Dengan ‘Menggunakan’ Azmin?

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘menggunakan’ Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk menjejaskan pengaruh bekas anak didiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di dalam kerajaan dan parti.

Difahamkan, spekulasi ini timbul susulan pelantikan Azmin sebagai anggota Jemaah Menteri (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) dan yang terbaru, beliau turut dipilih menjadi ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd.

Adakah benar Dr. Mahathir mahu menyekat Anwar? Tidak sama sekali.

Walaupun pernah menjadi musuh ketat Mahathir pada suatu ketika dahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR secara keras menolak spekulasi berkenaan, sambil menegaskan bahawa segala tindakan Mahathir tidak sepatutnya diterjemahkan dalam konteks politik.

“Pelantikan Azmin di dalam kabinet adalah untuk menyekat pengaruh dan peranan saya? Secara jujurnya, saya tidak risau. Saya boleh kata secara terbuka bahawa saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya bersama rakan-rakan gabungan (Pakatan Harapan),” katanya.

Memetik laporan media tempatan, Anwar juga berkata Dr. Mahathir sehaursnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Beliau turut mengakui bahawa ia adalah satu perkara yang sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai bentuk pandangan mengenai sesuatu perkara.

“Apabila Dr. Mahathir melantik Azmin menjadi (Menteri) Kabinet, beliau mempunyai sebabnya tersendiri. Setiap keputusan yang diambil oleh beliau adalah untuk kepentingan negara dan institusi.

“Jika saya memegang jawatan, saya akan membuat keputusan mengikut cara saya tersendiri juga. Apa-apa pun, orang sentiasa boleh bercakap atau membuat spekulasi,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin turut menolak dakwaan bahawa Dr. Mahathir sedang menggunakan beliau dengan tujuan untuk ‘mengawal’ Anwar.

Tegas beliau, kesetiaannya kepada bekas timbalan perdana menteri itu adalah sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dipersoalkan.

Show More

Related Articles

Back to top button