Sukan

Iraq Tarik Diri Daripada Bola Sepak Sukan Asia

Iraq telah menarik diri daripada perlawanan bola sepak Sukan Asia yang bakal bermula bulan ini di Jakarta, dan tindakan mereka itu berpotensi mengucar-kacirkan pertandingan itu apabila hanya tinggal dua minggu sahaja lagi untuk sepak mula.

Jawatankuasa Olimpik Iraq telah menarik pasukan mereka daripada temasya itu, menurut satu sumber di Baghdad, dan keputusan itu akan memaksa pihak yang bertanggungjawab membincangkan kembali ketidak seimbangan fasa pembukaan pertandingan tersebut.

Minggu lepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuat cabutan semula terhadap peringkat kumpulan bagi memuatkan pasukan Palestin dan Emiriah Arab Bersatu selepas kedua-dua pasukan itu disisihkan daripada senarai asal.

Itu bermakna dua daripada enam kumpulan akan mempunyai lima pasukan berbanding empat, tetapi kini dengan penarikkan diri Iraq, bermakna satu kumpulan yang menenpatkan China, Timor Leste dan Syria hanya akan mempunyai tiga negara.

Satu sumber di Persatuan Bola Sepak Iraq pada mulanya menafikan laporan yang menyatakan pasukan bola sepak mereka akan ditarik balik daripada pertandingan itu dan persiapan pemain sedang dimuktamadkan berikutan siapnya kem latihan di bandar Erbil.

Awal minggu ini, beberapa pegawai bola sepak negara itu telah dipecat akibat penglibatan mereka dalam pemilihan pemain yang melebihi had umur bagi perlawanan bawah 16 tahun. Mereka ditahan di bahagian kawalan pasport ketika dalam perjalanan untuk menyertai satu pertandingan serantau.

Penarikkan diri Iraq itu adalah berikutan keputusan yang diambil Filipina untuk tidak menghantar pasukan bola keranjang kebangsaan mereka ke Jakarta selepas pergaduhan yang berlaku di dalam gelanggang di antara mereka dan pasukan Australia ketika di pusingan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Pertandingan bola sepak Sukan Asia akan bermula pada 10 Ogos dan akan menampilkan pasukan yang terdiri daripada pemain bawah 23 tahun. Para jurulatih juga dibenarkan sehingga tiga orang pemain yang melepasi had umur.

Pusingan akhir akan berlangsung pada 1 September.

Show More

Related Articles

Back to top button