Sukan

5 Perpindahan Paling Mendapat Perhatian Setakat Ini

Cristiano Ronaldo

Real Madrid ke Juventus (RM476 juta)

Cristiano Ronaldo, Juventus, Napoli president, Aurelio De Laurentiis, Real Madrid, Portugal captain,

Penamat penguasaan Ronaldo di Real Madrid mengejutkan dunia bola sepak. Pemain berusia 33 tahun itu memberi gambaran bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu selepas memenangi Liga Juara-Juara ketiganya buat kali ketiga berturut-turut bersama Real menentang Liverpool. Walau bagaimanapun tiada siapa menyangka beliau akan ke Itali.

Kehadiran penjaring terbanyak Liga Juara-Juara itu pasti akan meningkatkan harapan gergasi Turin untuk memenangi pertandingan-pertandingan utama Eropah buat pertama kali sejak 1996.

Ada yang berpendapat masa Ronaldo di tempat teratas sudah sampai ke penghujungnya, tetapi rentak permainannya baru-baru ini menunjukkan sebaliknya. Kapten Portugal itu menjaringkan 44 gol di semua pertandingan bersama Real pada musim lepas serta menjaringkan empat gol di Piala Dunia, termasuk satu hatrik menentang Sepanyol.

Ronaldo tanpa ragu-ragu akan membawa penampilan besar kepada Juventus di dalam padang serta di luar.

Gianluigi Buffon

Juventus ke Paris Saint-Germain (Perpindahan percuma)

Image result for gianluigi buffon psg

Pada masa Ronaldo dilihat bakal memenangi Liga Juara-Juara di tiga negara yang berbeza, Buffon pula akan berharap untuk menjulang piala termahsyur itu buat pertama kali di musim pertamanya bermain di luar Itali.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu dijangka bersara selepas berahkhirnya musim lepas, tetapi sebaliknya memutuskan untuk mencuba nasib mendapatkan kejuaraan Eropah itu bersama PSG. Tetapi Buffon akan terlepas tiga perlawanan pertama Piala Juara-Juara, akibat hukumannya selepas mengecam pengadil England, Micheal Oliver susulan pengadil itu memberikan sepakan penalti kepada Ronaldo di minit-minit akhir yang mengakibatkan Juve tewas kepada Real di peringkat suku-akhir pada bulan April yang lepas.

Buffon berkemungkinan akan menjadi penjaga gol utama PSG, tetapi  Ligue 1 dengan kualiti bola sepak yang lebih rendah adalah sempurna sebagai penutup kariernya.

Alisson

Roma ke Liverpool (RM345 juta)

Image result for alisson liverpool

Pertunjukkan ngeri Loris Karius di peringkat akhir Liga Juara-Juara mengesahkan apa yang dilihat oleh pemerhati selama bertahun-tahun – bahawa Liverpool memerlukan penjaga gol yang baharu.

Pengurus Jurgen Klopp telah lama dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol nombor satu Brazil, Alisson, dan pemain berusia 25 tahun itu meninggalkan Roma selepas tamat kempen Piala Dunia dengan harga tertinggi di dunia untuk seorang penjaga gol.

Para penyokong Liverpool kini berharap Alisson dapat membantu mereka memenangi liga buat pertama kali sejak 29 tahun.

Riyad Mahrez

Leicester City ke Manchester City (RM321 juta)

Image result for riyad mahrez

Manchester City bimbingan Pep Guardiola akan menjadi pilihan pertama yang bakal menjadi juara liga musim hadapan. Pemilik-pemilik kelah itu yang berasal dari Abu Dhabi masih belum berhenti menyalurkan dana dan menandatangani Mahrez dari Leicester selepas gagal untuk memenuhi permintaan harga yang diletakkan oleh kelab the Foxes itu pada bulan Januari yang lepas.

Walaupun dengan tanda harga yang besar, Mahrez tidak akan dapat secara automatik menjadi kesebelasan utama di kelab dari Eastlands itu, tidak dengan Leroy Sane, David Silva dan Bernardo Silva masih mampu melakukan tugas mereka. Tetapi kehadiran Mahrez tanpa ragu-ragu akan membuka lebih banyak pilihan kepada pasukan terbaik di Eropah buat masa ini.

Thomas Lemar

Monaco ke Atletico Madrid (RM476 juta)

Image result for Thomas Lemar

Mungkin perpindahan RM476 juta yang paling kurang digembar-gemburkan di dalam sejarah jendela perpindahan, Atletico Madrid bersetuju untuk menandatangani Lemar dari Monaco selepas hanya dua hari sebelum Piala Dunia bermula.

Pemain berusia 22 tahun dari Guadeloupe itu hanya bermain satu perlawanan di Rusia, itupun di perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri bersama Denmark – dan hanya berjaya menjaringkan 3 gol di dalam 38 perlawanannya pada musim yang lepas.

Walau bagaimanapun, Lemar adalah seorang pemain yang bagus dan menunjukkan corak permainan yang cemerlang pada tahun 2017 sebelum terbabit dengan beberapa siri kecederaan, dan Atletico akan berasa gembira kerana berjaya mendapatkan pemain itu kerana mereka mahu bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid di Sepanyol.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close