Teknologi

Nintendo Labo Vehicle Kit Bakal Tiba 14 September ini

Setelah kejayaan dan sambutan yang mengalakkan Nintendo Labo Toy-Con 1 dan 2 untuk Nintendo Switch, Nintendo bakal mengeluarkan Toy-Con ke-3.

Nintendo telah mengumumkan Toy-Con terbaru ini dan mengelarnya Toy Con 3 – Vehicle Kit.

https://twitter.com/NintendoAmerica/status/1022647762591141889

Seperti Nintendo Labo sebelumnya, Toy-Con ini juga memerlukan kerja melipat dan memasang kadboard yang disertakan.

Set ini menampilkan 3 permainan dalam satu permainan besar dimana pemain boleh merasai menggunakan kereta, kapal selam dan kapal terbang.

Pemain harus membina 3 set alat kawalan / stereng kenderaan dan ia akan berfungsi dengan menukar satu kunci utama.

Melalui maklumat dan informasi dari trailer yang dikeluarkan Nintendo, pemain boleh menggembara menggunakan kenderaan-kenderaan ini dalam satu dunia besar disamping bermain beberapa misi yang disediakan.

Permainan ini juga boleh dimainkan secara berpasangan di mana satu pemain mengawal kenderaan dan seorang lagi boleh mengawal senjata atau peralatan.

Juga melalui trailer kita dapat saksikan kenderaan boleh diubah suai dan juga ia perlu diisi minyak. Nampak menarik~

https://www.youtube.com/watch?v=vI6QzU8NXFI

Nintendo menjangkakan Toy Con 3 – Vehicle Kit ini akan berada di pasaran 14 September 2018.

Jika dilihat pada harga Toy Con 1 dan 2, harga untukVehicle Kit ini akan dijual sekitar RM350 hingga RM450.

Show More

Related Articles

Back to top button