Sukan

Neymar Mengaku “Melebih-lebih” Di Piala Dunia

Diejek seluruh dunia kerana berlakon dan berpura-pura cedera ketika kempen Piala Dunia yang mengecewakan di Rusia, penyerang Brazil, Neymar telah mengaku memberi reaksi “melebih-lebih” dan berkata dia masih belajar berdepan dengan kekecewaan.

Selepas peristiwa itu, Neymar kini mencuba untuk memenangi kembali peminat yang mengkritik perangainya itu menerusi sebuah video berdurasi 90 minit yang dibuat untuk pihak penganjurnya, Gillette yang kemudiannya dimuat naik ke media sosial dan siaran televisyen di Brazil.

“Dipijak di bahagian betis, di belakang badan serta di kaki, anda mungkin berasa saya melebih-lebih dan kadang-kala saya begitu. Tetapi sebenarnya saya benar-benar sengsara di atas padang.

“Masih ada perasaan kebudak-budakan di dalam diri saya. Ada kalanya dia memukau dunia, dan kadang-kadang dia menyakit hati.”

Sebaliknya, Neymar keluar dari peringkat suku akhir ketika Brazil tewas kepada Belgium dan penyokong pula lebih fokus kepada kelakuannya daripada corak permainan bola sepaknya.

Bekas pemain Santos dan Barcelona yang sudah berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan serius di kakinya pada bulan Febuari dan telah kembali bermain beberapa hari sebelum Piala Dunia bermula.

Dia memberitahu peminat dan penyokongnya di Brazil dia sedang berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.

“Apabila saya kelihatan biadap, bukan kerana saya anak yang dimanjakan, ia kerana saya masih belum belajar untuk menghadapi tekanan,” ujarnya di dalam sebuah video.

“Ia mengambil masa untuk saya menerima kritikan anda, ia mengambil masa untuk saya melihat ke dalam cermin dan mengubah diri saya kepada seorang yang baru.

“Tetapi saya berada di sini, dengan wajah baru dan hati yang terbuka. Saya telah terjatuh, tetapi hanya mereka yang pernah jatuh boleh bangun kembali.

“Anda boleh teruskan mengkritik, atau bantu saya untuk bangun. Apabila saya dapat berdiri di atas dua kaki saya sendiri, seluruh Brazil akan berdiri bersama saya.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker