Sukan

Chong Wei Dapatkan Rawatan Di Taiwan

Raja badminton Malaysia, Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan bagi mengatasi penyakit yang mampu mengancam kariernya.

Lee Chong Wei yang berusia 35 tahun itu akan berada di Taiwan selama dua bulan.

Beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas menyertai dua pertandingan secara berterusan sejak bulan lepas – Terbuka Malaysia, di mana dia berjaya menjadi juara, dan Terbuka Indonesia di Jakarta di mana beliau terkandas di separuh akhir.

Bintang badminton Malaysia itu menarik diri daripada Kejuaraan Dunia di Nanjing, China yang bermula hari ini (Isnin) dan juga Sukan Asia di Indonesia yang bakal berlangsung dari 17 Ogos sehingga 2 September.

President BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata mereka telah memberikan ruang kepada Chong Wei untuk membuat segala persediaan persaraan beliau.

“Seperti yang saya cakapkan sebelum ini, kami menghormati privasi Chong Wei dan telah memberikan beliau masa untuk memutuskan apa yang diperlukan untuk membantunya sembuh dengan cepat,” ujar Norza.

“Beliau memerlukan rawatan terbaik untuk kecederaan berkaitan pernafasannya dan kami akan menunggu untuk beberapa minggu sebelum memberikan apa-apa berita mengenai Chong Wei.

“Buat masa ini, kami hanya mahu beliau menumpukan perhatian kepada kesihatannya dan segera sembuh,” tambahnya lagi.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada minggu lepas, orang ramai dan media telah diminta untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya.

“Kami doakan agar beliau cepat sembuh dan berharap untuk menyambutnya kembali,” memetik kenyataan itu.

Turut di dalam kenyataan yang sama, BAM telah memaklumkan bahawa Chong Wei tidak sihat dan sedang mengalami masalah pernafasan. Doktonya telah measihati beliau agar berehat dan mendapatkan rawatan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker