Isu SemasaTempatan

Ibu Mengandung Di Antara 4.2 Juta Rakyat Malaysia Mengalami Masalah Kesihatan Mental?

Trend kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia kini menunjukkan peningkatan termasuk penyakit obesiti dan kencing manis.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi membendung masalah tersebut. Selain kesihatan tubuh badan, kesihatan mental juga perlu dipandang berat kerana kini, terdapat 4.2 juta rakyat Malaysia sedang mengalami masalah kesihatan mental.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2015 oleh kementerian mendapati bahawa masalah kesihatan mental di kalangan dewasa 16 tahun ke atas ialah 29.2% atau 4.2 juta rakyat Malaysia.

Beliau menambah bahawa kira-kira 2.1 juta wanita mempunyai beberapa jenis penyakit mental.

“Walau bagaimanapun, peratusan ini merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan bukan penyakit mental,” kata Dr Dzulkefly.

Beliau berkata seramai 57,570 wanita telah mendapatkan rawatan untuk penyakit mental di hospital kerajaan antara 2010 dan 2017.

Dr Dzulkefly menambah bahawa 958 klinik kerajaan di seluruh negara terlibat dengan program penyaringan dan intervensi.

Beliau berkata program termasuk pakej pemeriksaan antenatal untuk membantu bakal ibu menghadapi tekanan.

Selain itu, bakal ibu juga disaring untuk menentukan sama ada mereka memerlukan rawatan untuk mencegah kemurungan post-partum.

Langkah-langkah seperti meningkatkan tempoh cuti bersalin dari 300 hari hingga 360 hari dilaksanakan untuk membantu mengurangkan tekanan ibu.

Dr Dzulkefly menambah, kementerian juga menggesa sektor swasta menyediakan bilik laktasi dan kemudahan penjagaan harian untuk pekerja dengan bayi yang baru dilahirkan.

Beliau menambah bahawa kementerian juga telah melaksanakan latihan kesihatan mental KOSPEN Plus untuk ditambah sebagai sebahagian daripada latihan pekerja.

Bagi golongan belia, Dr Zulkefly berkata Program Minda Sihat Sekolah telah dijalankan di sekolah sejak tahun 2014.

Beliau berkata pelajar yang mempunyai masalah kesihatan mental dirujuk kepada kemudahan kesihatan untuk mendapatkan rawatan setelah mendapatkan persetujuan ibu bapa.

Dr Zulkefly menambah bahawa kementeriannya sedang bekerja rapat dengan The Befrienders untuk memberikan kaunseling kepada mereka yang mengalami masalah emosi, tertekan atau mempunyai rasa ingin bunuh diri.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close