Sukan

Tiada Berita Baik Daripada Jose, Matic

Tidak banyak berita baik yang dapat diberikan oleh pengurus Manchester United, Jose Mourinho selepas pasukannya dibelasah 4-1 oleh Liverpool di dalam perlawanan Piala Persahabatan Antarabangsa. Beliau juga turut mengesahkan pemain tengah dari Serbia, Nemanja Matic tidak dapat diturunkan di permulaan musim ini.

Matic tercedera ketika bermain di Piala Dunia di Rusia, dan telah menjalani pembedahan di Philadelphia, ujar Mourinho, tetapi beliau tidak mendedahkan apakah kecederaan yang dialami Matic.

“Dia terkeluar daripada bermain pada awal musim,” ujar Mourinho kepada laman web United.

“Dia kembali dari Piala Dunia dengan kecederaan dan masa yang diberikan untuk berehat ketika bercuti tidak cukup untuk menyelesaikan masalah itu.

Anak buah Mourinho dilihat mengimpikan keupayaan pertahanan Matic pada hari Sabtu yang lepas ketika mereka dibelasah oleh lawan seteru mereka di hadapan lebih daripada 100,000 penonton di Ann Arbor, Michigan.

Penyerang dari Switzerland, Xherdan Shaqiri, pemain terbaru yang diperolehi dari Stoke City menandakan permulaan karieernya di Liverpool dengan menjaringkan go daripada bicycle kick.

Sadio Mane meletakkan Liverpool di hadapan hasil daripada sepakan penalti sebelum Andreas Pereira menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma yang cantik selang beberapa minit kemudian.

Pemain gantian, Daniel Sturridge menjadikan mata 2-1 selepas 66 minit sebelum Sheyi Ojo menjaringkan sepakan penalti kedua Liverpool selepas Andrew Robertson dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close