Gaya HidupKesihatan

Informasi Tentang Vaksin Disebarkan Dengan Salah

Vaksin dicipta seawal tahun 1930-an dan telah digunakan di seluruh dunia untuk mencegah pelbagai penyakit yang serius. Fakta ini telah terbukti kesahihannya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun begitu, walaupun penyelidikan banyak menyatakan bahawa vaksin adalah selamat, masih ada orang yang percaya bahawa vaksin akan menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak.

Vaksinasi diberikan untuk membantu badan untuk menghasilkan antibodi khusus untuk pelbagai penyakit yang mengancam nyawa. Terdapat beberapa jenis vaksin.

1. Vaksin yang dilemahkan; Virus atau bakteria yang ditanam di makmal tetapi akan dibunuh atau dinyahaktifkan. Walaupun virus atau bakteria it mati, komponen itu tetap kekal dan ini merangsang badan untuk menghasilkan antibodi.

2. Vaksin hidup yang dilemahkan; ini adalah virus atau bacteria yang hidup tetapi dengan kebisaan yang rendah. Mereka akan membiak semula dalam badan tetapi pada kadar yang sangat perlahan, oleh itu membolehkan badan untuk terus menghasilkan antibodi.

Dengan memahami konsep asas ini, anda akan menyedari bahawa imuniti bertindak berdasarkan tindak balas dalam badan anda dan walaupun hidup yang sihat dan pemakanan anda boleh membantu, hanya antibodi tertentu yang mampu melawan penyakit.

Sebagai contoh, dalam kes jangkitan virus Polio, tidak ada mana-mana jenis pemakanan yang sihat akan dapat mencegah penyakit itu melainkan vaksin.

Penipuan Doktor Tentang Vaksin

Seorang doktor bernama Andrew Wakefield telah menghasilkan kajian pada tahun 1998 di mana beliau mendakwa bahawa terdapat kaitan antara vaksin tigaan MMR (campak, beguk, rubella) dan satu bentuk baru autisme dipanggil enterocolitis autistik (keradangan usus).

Kajian beliau menunjukkan kaitan, dan bukannya penyebab. Tidak lama kemudian, Wakefield telah didedahkan untuk tidak mengikut peraturan-peraturan etika lembaga dalam kajian beliau. Majlis perubatan UK kemudian menyiasatnya untuk pelbagai caj.

Majlis perubatan UK mendapati beliau bersalah atas semua tuduhan dan Wakefield telah dikeluarkan daripada pendaftaran perubatan. Pembantu pengarangnya dan The Lancet kemudiannya menarik balik laporan tersebut dan mengisytiharkan ia sebagai satu penipuan.

Sejak itu, pelbagai kajian lain telah dilakukan untuk mencuba untuk mencari sebab langsung antara vaksin dan autisme, tetapi tiada seorang pun telah berjaya. Andrew Wakefield tidak lagi menjadi doktor perubatan diagnosis “baru” beliau tentang autistik enterocolitis adalah tidak benar.

Walau apa-apa pun, vaksinasi tetap bertindak sebagai “pendinding” terhadap penyebaran penyakit. Dengan peratusan penduduk yang telah mendapatkan vaksin lebih tinggi, risiko untuk penyakit ini merebak adalah lebih rendah.

Jadi, jika ibu bapa masih tidak membenarkan untuk anak-anak mereka mendapatkan vaksin, mereka secara tidak langsung membantu penyakit itu merebak, membahayakan nyawa orang lain, terutama dalam individu immunocompromised (orang yang mempunyai imuniti yang rendah).

Oleh itu, dengan semua kajian membuktikan bahawa vaksin membantu dalam melindungi orang (kanak-kanak terutamanya, kerana mereka adalah paling lemah semasa zaman muda mereka), dan tidak ada kajian yang terbukti untuk menunjukkan vaksin akan menyebabkan bahaya, ibu bapa dinasihatkan untuk memvaksin anak mereka.

Sumber: http://www.mmgazette.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close