Gaya HidupMakan & Minum

5 Resepi Berasaskan Durian Yang Perlu Dicuba

Tiba musim durian, peminat raja buah ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kelazatannya. Apatah lagi dengan harga durian yang turun mendadak musim ini, rakyat Malaysia pastinya menggunakan peluang ini untuk memuaskan keinginan mereka.

Selain dimakan segar, durian juga boleh dimakan dengan pelbagai cara masakan. Berikut adalah lima contoh masakan durian yang boleh anda cuba.

1. Pengat Durian

Image result for pengat durianJika anda mahukan resepi yang akan betul-betul menonjolkan rasa durian, tiada yang lebih baik daripada masakan pengat. Pengat merupakan satu hidangan yang betul-betul memerlukan kemahiran untuk menyediakannya. Pengat melibatkan proses memasak buah-buahan atau sayur-sayuran berakar dalam kuah santan dan gula.

Hidangan pencuci mulut ini  sangat popular di kawasan Nusantara dan setiap negara di kawasan tersebut mempunyai gaya dan cara penyediaan pengat yang tersendiri. Di Malaysia, pengat durian yang paling enak disediakan ialah pengat Peranakan.

2. Pulut Durian

Image result for pulut durianResepi seterusnya ialah resepi yang tidak asing lagi bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap kali musim durian, hidangan ini ialah hidangan wajib yang perlu dihidang sebagai tanda menyambut kedatangan musim raja buah ini.

Membuat pulut ini tidaklah sesukar yang disangka. Hidangan ini sering kali dijadikan sebagai  hidangan pencuci mulut atau minum petang.

3. Seri Muka Durian

Siapa yang tidak sukakan pencuci mulut, lebih-lebih lagi yang manis. Bagi mereka yang sukakan kuih tradisional untuk dinikmati dengan secawan teh panas pada waktu petang, tiada yang lebih memuaskan perut dan selera anda berbanding kuih seri muka.

Keunikan kuih seri muka ialah kuih ini begitu ‘versatil’ sehingga boleh dimasak menggunakan pelbagai perisa. Selain daripada perisa pandan dan kaya, seri muka berperisa durian juga amat popular terutama ketika musim durian.

4. Creampuff Durian

Resepi yang jarang didapati ialah resepi paf durian. Resepi ini merupakan hidangan pencuci mulut yang menggabungkan cara masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan masakan bercirikan Asia.

Pastri paf yang lembut dan gebu menjadikan rasa durian tersebut menyerlah tanpa perlu meletakkan terlalu banyak isi.

5. Penkek atau Lempeng Durian

Image result for pancake durianPepatah Inggeris mengatakan, “eat breakfast like a king“. Tiada yang lebih mengenyangkan daripada sarapan pagi yang bersaiz besar dan perkara yang lebih baik daripada sarapan yang mengenyangkan ialah sarapan yang diperbuat daripada makanan kegemaran anda.

Makanan seperti lempeng atau penkek sering menjadi pilihan sarapan kerana mudah dan cepat disediakan. Namun begitu, lempeng yang kosong tidak begitu menyelerakan untuk dimakan setiap hari. Jadi, apa kata campurkan sedikit isi durian ke dalam adunan penkek anda dan kejutkan diri anda dan seluruh keluarga dengan penkek berperisa durian yang enak.

Sumber: Butterkicap

Show More

Related Articles

Back to top button