Gaya Hidup

6 Cara Untuk Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

Ramai daripada kita menyewa bilik yang agak sempit ketika mula bekerja. Apabila barang semakin banyak dan kelihatan semak, anda harus mencari alternatif lain untuk meletakkan barang-barang tersebut.

Jangan risau, ruang bilik tidur yang kecil tidak seharusnya menghalang anda daripada memiliki bilik yang anda inginkan. Cuba tip-tip penyimpanan ini untuk membantu anda memanfaatkan ruangan bilik tidur anda:

1. Maksimumkan ruang bawah katil.

Image result for under bed storageCara paling mudah ialah membeli katil dengan tempat simpanan di bahagian bawahnya di mana anda boleh menyimpan baju, dompet atau kasut anda.

Sekiranya anda mahu berjimat-cermat, anda boleh menyimpan barangan anda di dalam “storage box” dan letakkan di bawah katil. Anda juga boleh meletakkan beg pakaian (luggage) di bawah katil dan menjadikannya ruang penyimpanan yang berharga.

2. Membeli perabot pelbagai fungsi.

Penjimatan ruang dapat dilakukan dengan menggunakan perabot yang mempunyai lebih daripada satu fungsi. Daripada mempunyai meja sahaja, mengapa anda tidak memilih perabot inovatif yang juga boleh digunakan sebagai kerusi dan meja kopi? Anda juga boleh mencari bangku yang berfungsi sebagai simpanan untuk kasut anda.

3. Jadikan kepala katil sebagai rak.

Image result for headboard shelfTidak semua bilik memerlukan rak tetapi jika anda mempunyai banyak barangan kecil atau anda seorang yang gemar membaca dan memiliki banyak buku, maka kepala katil anda mungkin menjadi tempat yang sempurna untuk menempatkan koleksi besar anda. Ia bukan sahaja menjimatkan ruang pada lantai tetapi juga turut menambah personaliti ke bilik anda.

4. Pasang rak berhampiran siling.

Satu lagi cara terbaik untuk meletakkan rak di dalam bilik kecil ialah memasangnya di bawah siling anda terutama untuk item yang anda tidak perlu atau jarang guna. Anda juga boleh meletakkan rak simpanan di atas pintu atau tingkap!

5. Pilih meja lampu anda dengan bijak.

Image result for bed and nightstandSelain daripada berfungsi untuk meletakkan lampu malam, meja di bahagian sisi katil anda juga perlu berfungsi sebagai kabinet atau rak untuk barangan lain seperti buku, alat atau bahkan barang kemas. Jika bilik anda terlalu sempit, anda mungkin tidak memerlukan meja dan pasangkan lampu di dinding sahaja.

6. Gunakan perabot boleh laras.

Jika anda mempunyai ruang yang sempit, memilih item yang boleh dilaras akan membantu menjimatkan ruang. Pilih meja yang boleh dilipat supaya anda boleh menyimpannya apabila tidak digunakan.

Kadang-kadang, anda juga tidak memerlukan kerusi kerana anda boleh menggunakan meja dan jadikan katil sebagai kerusi.

Sumber: Asia One

Show More

Related Articles

Back to top button