Tempatan

Wanita Iran Bawa Pameran Dinosaur Malaysia Ke Pentas Dunia

Bagi Royas Jahangiri, Malaysia dianggap rumah keduanya. Wanita yang berasal dari Iran ini menjejakkan kaki ke Malaysia sembilan tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran. Pada 2013 beliau menamatkan pelajaran dalam kursus seni bina dan meneruskan pembelajaraan dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Latar belakang keluarganya dalam bidang keusahawanan telah memberi inspirasi kepadanya untuk memulakan perniagaannya sendiri.

Perniagaan pertama wanita Iran itu adalah untuk membawa sebuah pameran Malaysia ke pentas dunia.

Pelajar PhD berusia 30 tahun itu berkata minatnya untuk menceburi bisnes pameran bermula dengan kunjungan pertamanya ke pameran Ice Age Alive di Malaysian Tourism Centre (Matic) di Jalan Ampang dan kagum dengan perhiasan pameran tersebut.

“Saya fikir ia mesti diimport dari Eropah dan terkejut untuk mengetahui bahawa ia direka dan dicipta oleh sebuah syarikat Malaysia, Creative Alliance Crew.”

Selepas itu, beliau meyakinkan keluarganya untuk melabur dalam peluang perniagaan ini dengan mengembangkan dan mengeksportnya ke luar negara.

“Saya meyakinkan keluarga saya untuk terbang ke sini untuk melihat peluang perniagaan ini dan mereka bersetuju untuk melabur sebagai rakan kongsi dalam syarikat,” kata pengarah pembangunan perniagaan.

Selain luar negara, Royas bercadang untuk memperluaskan pameran ke Langkawi dan juga Terengganu.

Dengan sokongan Kementerian Pelancongan, beliau berharap pameran tersebut dapat memacu industri pelancong tanpa sebarang kos untuk kerajaan.

Royas berkata pameran itu akan mengangkat tema berbeza dari semasa ke semasa. Ia akan menampilkan haiwan yang telah pupus dan juga beberapa spesies dinosaur sebagai tarikan utama.

Pameran terbabit dapat menambah pengetahuan umum dengan penjelasan singkat tentang sejarah dan jenis kehidupan yang pernah wujud di Bumi.

Tambahnya lagi, usaha ini juga tepat pada masanya kerana terdapat banyak minat dalam dinosaur sempena pembebasan filem Jurassic World 2 baru-baru ini.

Royas berkata beliau sedang berusaha mendapatkan tanah di tempat yang disasarkan dan berharap dapat memulakan pameran lain tahun depan.

Show More

Related Articles

Back to top button