FesyenGaya Hidup

Christy Ng Jenama Pengganti Jimmy Choo?

Perjalanan Christy Ng menjadi salah seorang pereka kasut yang paling terkenal di negara ini benar-benar luar biasa. Ceritanya penuh inspirasi kerana dia membina perniagaannya hanya dengan tekadnya.

Semangat keusahawanannya bermula ketika dia masih remaja. Ng bekerja sebagai pelayan dan menjual bunga di stesen LRT untuk mendapatkan wang tambahan. Ia berterusan sehingga dia berada di kolej.

Ng juga membeli kasut dari kilang-kilang di Thailand dan menjualnya di pasar malam di Petaling Jaya untuk membayar yuran pengajiannya.

Tetapi selepas menamatkan pengajian dengan ijazah dalam bioteknologi tumbuhan dan bekerja di sebuah syarikat farmaseutikal, Ng masih menjual kasut di pasar malam dan pasar lambak.

Selepas beberapa ketika, Ng berhenti menjual kasut kerana ia satu beban yang memenatkan untuk membawa stok kasut dari rumahnya ke pasar. Ia juga sukar untuk bersaing kerana kasut yang sama gaya turut dijual oleh kebanyakan peniaga.

Image result for christy ng

Rakan-rakannya kemudian menggalakkannya untuk membuat laman web dan menjual kasut dalam talian. Selepas sebulan menubuhkan laman web pada tahun 2010, jualannya meningkat dengan beratus-ratus pelayar melawati laman webnya.

Ng berjaya membuat wang tetapi ia masih tidak cukup untuknya. Dia mahu menjual kasut dengan reka bentuknya sendiri. Dengan bantuan rakan-rakan dari Thailand, beliau melawat beberapa kilang kasut untuk mengetahui tentang pembuatan kasut.

“Reka bentuk pertama saya adalah kasut lima inci. Pada masa itu, terdapat kekosongan di pasaran untuk kasut dengan ketinggian ini,” kata Ng.

Dengan sambutan hangat terhadap reka bentuknya, Ng meletak jawatan dari kerjanya dan menubuhkan Christy Ng pada tahun 2012. Ini adalah permulaan kerjayanya sebagai pereka kasut sepenuh masa.

Ng berkata fokus utamanya adalah untuk mereka bentuk kasut yang selesa dengan harga berpatutan.

“Apabila saya merancang kasut pertama saya, matlamat saya adalah untuk memastikan wanita tidak akan sakit ketika memakainya dan menyebabkan pelbagai kesan kepada kaki.

“Kasut saya direka khas untuk wanita Asia kerana mereka mempunyai kaki lebar. Kita tidak boleh memakai kasut Itali atau Amerika kerana bentuknya sempit dan akan menyakitkan kaki.”

Image result for christy ng

Ng menggunakan microfibre dan menggunakan lapisan getah tambahan pada bahagian tapak untuk menjadikan kasut lebih selesa dan tahan lebih lama.

Di samping menjual kasut yang siap seperti “wedges, slider, sandal, heel, ballerina flat, slip-in, pump dan stiletto”, Ng juga pakar dalam khidmat kasut “custom-made”.

Ia bermula apabila seorang pengantin perempuan dari North Carolina, Amerika Syarikat, memintanya untuk mereka bentuk sembilan pasang kasut khusus untuknya dan lapan gadis pengiringnya, dalam reka bentuk yang sama tetapi dalam warna yang berbeza dan ketinggian yang berbeza.

“Ia adalah saat yang hebat untuk saya kerana ia merupakan langkah pertama saya dalam menghasilkan kasut custom-made.”

Kedai pertama Christy Ng dibuka di 1Utama pada September 2016. Ia begitu berjaya sehingga berkembang ke empat lagi kedai di Sogo, Aeon Mall Tebrau City, Ikea Cheras dan MidValley Megamall.

Dia menjual lebih dari 500 pasang kasut setiap bulan, baik di dalam dan di luar negara. Kasutnya dihantar ke seluruh dunia termasuk ke Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Kanada dan Eropah.

Related image

Menurut NST, kasut Christy Ng berharga RM120 hingga RM300 manakala yang dibuat khas (custom-made) bermula dari RM600.

Ng juga memasang impian untuk menubuhkan kedai di luar negara. Walaupun perniagaan dalam taliannya telah mempromosikan jenama itu ke serata dunia, mempunyai kedai fizikal akan mendorong Christy Ng menjadi jenama antarabangsa.

Kedengaran agak mustahil tetapi Christy Ng mungkin menjadi pengganti pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, Jimmy Choo.

Show More

Related Articles

Back to top button