AntarabangsaIsu Semasa

Agensi Perisikan Kanada Dilarang Mengintip Negara Asing

Mahkamah Persekutuan di Kanada telah memutuskan bahawa agensi perisikan negara itu, Canadian Security Intelligence Service (CSIS) tidak boleh melakukan kegiatan pengintipan di luar negara, melainkan keselamatan negara secara jelas terancam.

Oleh yang demikian, mahkamah berkenaan turut menolak permohonan CSIS untuk mendapatkan waran bagi menjalankan risikan di sebuah negara asing yang tidak didedahkan.

Memetik laporan AFP, permohonan waran untuk mengumpul maklumat risikan antarabangsa adalah sah di sisi undang-undang Kanada, namun ia hanya boleh dilakukan dari dalam negara itu sendiri sahaja.

“Saya tidak dibenarkan untuk memberi waran untuk aktiviti-aktiviti risikan di luar negara memandangkan Parlimen pun secara jelas tidak memberi saya hak di bawah bidang kuasa saya untuk melakukan sedemikian.

“Batasan geografi yang telah ditetapkan bertujuan untuk menghalang CSIS daripada melaksanakan kegiatan-kegiatan berkontroversi secara rahsia dan agresif di luar negara, seperti yang dilakukan oleh CIA (agensi perisikan Amerika Syarikat),” kata Hakim Judge Simon dalam keputusannya.

Difahamkan, Noel tetap menolak permintaan CSIS secara keras walaupun ia mendapat ‘restu’ Ketua Peguam Negara, Jody wilson-Raybould.

Noel berkata, batasan geografi seperti yang tertakluk di bawah undang-undang negara adalah untuk “mengurangkan risiko politik, diplomatik dan moral dalam melakukan aktiviti mengumpul risikan antarabangsa, yang berpotensi untuk melanggar undang-undang antarabangsa, undang-undang domestik asing, dan juga menjejaskan reputasi antarabangsa serta dasar pertahanan Kanada.”

“Ia adalah Parlimen, bukan mahkamah undang-undang yang patut ditugaskan untuk menentukan persoalan mengenai dasar yang merangkumi pelbagai aspek yang mempunyai impak melangkaui sempadan kita,” ujar Noel.

Dalam pada itu, seorang jurucakap CSIS, Tahera Mufti menyatakan bahawa agensi perisikan itu dan kerajaan Kanada sedang mengkaji impak keputusan mahkamah itu dan juga sedang meneliti pilihan-pilihan lain yang ada.

Walau bagaimanapun, Mufti juga enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai negara asing yang ingin diintip oleh CSIS di atas sebab “keselamatan dan rahsia negara.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close