Gaya HidupPercutian

5 Larangan Ketika Melancong Ke Australia

Pelancong harus mematuhi peraturan dan budaya sesebuah negara apabila berkunjung ke negara terbabit.

Minggu lalu, seorang pelancong Malaysia dihalau keluar dari Australia selepas video “kekejaman seksual yang melampau dan keganasan yang mengerikan” ditemui dalam telefonnya semasa pemeriksaan bagasi di lapangan terbang Perth.

Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi berikut adalah lima perkara yang dilarang ketika berada di Australia:

1. Memiliki video yang tidak sopan

Video yang menggambarkan kejahatan seksual yang melampau dan keganasan yang mengerikan tidak dapat diterima dalam komuniti di Australia dan sesiapa yang ditangkap akan dihantar pulang.

Lelaki warganegara Malaysia berusia 43 tahun yang ditahan oleh imigresen telah dihantar pulang selepas visa pelancongnya dibatalkan dan telefonnya dirampas.

Panglima serantau Angkatan Sempadan Australia untuk Australia Barat, Mark Wilson berkata imej itu adalah kejam dan melanggar peraturan Australia.

2. Membawa makanan segar

Australia agak ketat mengenai peraturan membawa masuk barangan ke negaranya. Makanan, termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan telur adalah tidak dibenarkan. Anda juga dilarang membawa masuk tumbuhan, benih, kulit dan bulu. Denda bagi kesalahan ini ialah 2,500 AUD. Oleh itu, sila berhati-hati dan jangan bawa sebarang makanan, haiwan atau tumbuhan ketika melancong di Australia.

3. Menyentuh haiwan seperti Koala

Image result for koala australiaAustralia mempunyai haiwan yang unik di dunia, dan ramai pengunjung ingin menyentuh koala. Tetapi demi kebajikan haiwan terbabit, terdapat peraturan kerajaan NSW, di mana memegang Koala adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memegang koala di Queensland dan Australia Selatan.

4. Membawa ubat-ubatan

Ubat tertentu untuk kegunaan peribadi adalah tertakluk kepada kawalan. Adalah lebih baik untuk mendapatkan surat saranan doktor untuk mengesahkan ubat-ubatan yang perlu anda ambil. Laman web pelancongan Australia menyatakan bahawa ubat-ubatan mesti diisytiharkan, tetapi laman web kastam Australia mengatakan anda hanya perlu mengisytiharkan ubat-ubatan yang mungkin tertakluk kepada penyalahgunaan sahaja.

5. Membawa balik barangan cetak rompak dan palsu

Pencabulan hak cipta dan pemalsuan tanda dagangan adalah haram. Dalam sesetengah keadaan barang-barang cetak rompak dan palsu yang diimport ke Australia boleh diambil dari anda dan anda mungkin tertakluk kepada litigasi sivil atau pendakwaan jenayah.

Show More

Related Articles

Back to top button