Isu SemasaTempatan

Top Thai Brands 2018: Platform Meneroka Peluang Perniagaan Bersama Syarikat Thailand

Top Thai Brands 2018 merupakan sebuah platform yang terbuka kepada umum serta ahli perniagaan Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan dan perkongsian baharu bersama syarikat Thailand.

Dengan tema, “Membuka Peluang Perniagaan Baru dengan Kreativi Tempatan,” pameran tersebut menumpukan perhatian pada kepintaran dan keusahawanan masyarakat Thailand.

Seramai 100 peserta pameran dijangki hadir dan pihak penganjur menyasarkan untuk menjana sekurang-kurangnya 500 hubungan padanan perniagaan (business-matching connections).

Peserta pameran mewakili pelbagai sektor, termasuk makanan dan minuman halal, spa, kesihatan dan kecantikan, pembngkusan dan jentera, produk isi umah dan hiasan rumah, fesyen dan aksesori, pakaian dan permainan kanak-kanak, produk haiwan peliharaan dan lebih lagi.

Top Thai Brands 2018 juga akan memperkenalkan produk Thai baharu serta jenama yang sudah lama ditubuhkan kepada pasaran Malaysia, sejajar dengan matlamat memperbesar isipadu perdagangan yang disasarkan sebanyak USD30 bilion (RM121 bilion).

Pameran ini wajib dihadiri oleh mereka yang mahu mencari produk baharu dan inovatif, terutamanya yang terlibat dalam perkhidmatan makanan dan minuman dan hospitaliti seperti perniagaan katering, restoran dan hotel.

Antara agenda penting pada pameran adalah penceramah undangan yang merangkumi wakil Bangkok Bank Berhad, perniagaan berjaya seperti Boat Noodle, Thai Odyssey serta Lembaga Pelaburan Thailand.

Selain peluang menjalin hubungan perniagaan, pelawat dipersilakan untuk menonton persembahan kebudayaan oleh Autoriti Pelancongan Thailand, menerima urutan Thai percuma ditaja oleh Thai Odyssey, dengan kerjasama Pejabat Buruh Thai di KL, cabutan bertuah tajaan Bangkok Airways dan sesi ramah mesra bersama selebriti Thailand yang disokong oleh dimsum, GMM Grammy, dan Thai Airways International.

Duta Thailand ke Malaysia, H.E. Narong Sasitorn berkata, “Idea ini bukan sahaja untuk memperkenalkan rakan-rakan Malaysia kita kepada jenama Thailand terkemuka, tetapi untuk memberi inspirasi kepada mereka dengan adanya maklumat baharu berhubung ilham kreatif yang menjayakan jenama-jenama ini.”

Top Thai Brands 2018 akan diadakan pada 9 hingga 12 Ogos 2018 di Hall 5, Kuala Lumpur Convention Centre dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Kemasukan adalah percuma.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran seminar, sila hubungi topthaibrandmy@gmail.com

Show More

Related Articles

Back to top button