AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Polis Kemboja Tunjuk “Kuasa” Sebagai Persediaan Menghadapi Pilihan Raya

Pasukan polis Kemboja telah mengadakan pertunjukan kuasa pada Rabu sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum hari Ahad, 29 Julai 2018.

Memetik laporan Reuters, seramai 4,625 anggota polis telah berkumpul di Stadium Olimpik di Phnom Penh dengan memakai baju kalis peluru dan membawa senapang automatik.

Pertunjukan tersebut turut melambangkan ‘amaran keras’ pihak berkuasa kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengadakan protes di jalanan ketika pilihan raya.

Ketua Polis Phnom Penh, Chuon Sovann berkata, pasukan polis akan dikerahkan di seluruh bandar itu demi menjaga keselamatan sepanjang tempoh pemilihan dilaksanakan.

“Semua pasukan ini ditugaskan untuk mencegah dan menghalang sebarang tindakan yang cuba untuk mengganggu (proses) pilihan raya,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis juga akan menghalang sebarang bentuk protes yang bertujuan untuk menghasut orang ramai agar tidak menunaikan tanggungjawab mengundi.

Walaupun pihak berkuasa menegaskan bahawa tindakan memboikot pilihan raya adalah salah di sisi undang-undang negara, namun kumpulan hak asasi manusia menyatakan sebaliknya.

Pada pilihan raya kali ini, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang telah memerintah negara itu lebih daripada 30 tahun, dijangka akan meraih kemenangan besar dengan mudah memandangkan parti pembangkang utama, Cambodia National Rescue Party (CNRP) telah dibubarkan secara paksa.

Pembubaran itu dikritik hebat oleh┬áPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara Barat kerana ketua CNRP, Kem Sokha juga telah dipenjarakan atas kesalahan “membelot”.

Bukan itu sahaja, malah masyarakat sivil dan media-media bebas juga telah diambil tindakan keras oleh pihak berkuasa.

Para penyokong Kem Sokha berkata, hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya adalah bermotifkan politik.

Menurut anak perempuan pemimpin itu, Kem Monovithya, pertunjukan kuasa yang diadakan oleh tentera menunjukkan bahawa proses mengundi akan dilaksanakan di bawah ‘tekanan’.

“Ini membuktikan bahawa pilihan raya ini bukan sahaja diadakan tanpa pihak pembangkang yang berwibawa, tetapi ia juga dilaksanakan di bawah ancaman, dengan memaksa orang ramai untuk keluar mengundi dalam sebuah pilihan raya yang palsu,” Monovithya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button