Sukan

Ejen Ozil: “Hoeness Memalukan Bola Sepak Dan Rakyat Jerman”

Ejen Mesut Ozil, Dr. Erkut Sogut telah menggunakan statistik bintang itu bagi membuktikan tuduhan berkontroversi presiden Bayern Munich, Uli Hoeness yang mengatakan Ozil “bermain dengan teruk” untuk bertahun-tahun dengan pasukan Jerman.

“Komen yang diberikan oleh En. Hoeness langsung tiada kena mengena, ianya tidak berkaitan dengan bola sepak. Dia cuba untuk mengalihkan tumpuan daripada isu yang sebenar, perkauman dan diskriminasi di Jerman yang kembali muncul dikalangan masyarakat Jerman,” kata Dr. Sogut di dalam satu kenyataan yang disampaikan oleh Goal.com.

Ozil membuat keputusan untuk bersara dari pentas antarabangsa pada hari Ahad yang lepas kerana layanan “perkauman dan tidak hormat” yang dihadapinya ketika mewakili negaranya itu. Beliau menuduh presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Reinhard Grindel kerana menjadikan dirinya sebagai kambing hitam selepas Jerman tersingkir awal di peringkat kumpulan Piala Dunia. Ozil juga turut mengkritik pelbagai pihak lain – daripada bekas sekolahnya kepada penaja – kerana tidak menyokong dirinya kerana warisan darah Turki di dalam dirinya.

Keputusan yang dibuat pemain berusia 29 tahun itu mendapat maklum balas yang berbelah bagi. Dr. Sogut mempertahankan playmaker Arsenal itu dan mendakwa Hoeness sebagai “memalukan bola sepak dan rakyat Jerman.”

Image result for mesut ozil

“Fakta telah membuktikan sebaliknya dan lagipun, siapalah dia untuk mengatakan Mesut seperti ini? Pembohongan ini adalah murahan, stereotaip dan tidak berasas – dibuat tanpa sebarang bukti – yang membenarkan berita tidak benar untuk tersebar,” tambah Dr. Sogut.

“En. Hoeness, kami tidak akan membazir masa atau tenaga lagi membincangkan perkara yang secara jelasnya di luar pengetahuan anda.

“Dia (Ozil) bukan sahaja memalukan anda, tetapi juga seluruh pasukan bola sepak dan rakyat Jerman,” katanya secara sinis.

Dr. Sogul mengulangi isu yang sebenarnya adalah “kebangkitan rasa perkauman dan tuding jari sembarangan” dan bukannya mengenai bola sepak.

“Hoeness juga termasuk di dalam golongan yang disebut oleh Ozil di dalam kenyataannya, sambil dia (Hoeness) dengan sengaja membutakan mata tentang masalah yang lebih besar,

“Hoeness tahu apa yang dia lakukan. Mengeluarkan komen menggila mengenai corak permainan Mesut, dia fikir, ia akan menjadi besar dan menutup isu sebenar.

“Isu yang dia dan ramai lagi individu di Jerman takut untuk hadapi, satu isu yang dia pilih untuk sorokkan kerana dia tidak mampu untuk berdepan dengan kebenarannya. Dia menunjukkan perwatakannya dan personalitinya yang sebenar dengan mengabaikan perkara ini dan mengeluarkan komen bodoh mengenai bola sepak.”

Dr. Sogut merumuskan: “Mesut telah memberikan segalanya untuk Jerman, di dalam dan di luar padang – menyumbang kepada negaranya lebih daripada apa yang dia impikan.”

Ozil turut mendapat sokongan daripada pengendali pasukan Jerman, Joachim Low, bekas pengurus Arsenal Arsene Wenger dan Jose Mourinho yang menjadi pengurus sewaktu dia bermain untuk Real Madrid.

Show More

Related Articles

Back to top button