Isu SemasaSains

Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di UK Terus Mendapat Sokongan Kerajaan

Kerajaan akan terus menyokong Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dalam membangunkan kaedah baharu penggunaan getah asli untuk memenuhi permintaan industri semasa dan masa depan, menurut Kementerian Industri Utama.

TARRC merupakan pusat penyelidikan dan penggalakan bagi Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang terletak di Brickendonbury, Hertford, UK.

Teknologi TARRC

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, kementerian itu berkata idea, termasuk automasi dan teknologi lain, serta peluang dengan kenderaan elektrik serta aplikasi keselamatan, kesihatan dan kejuruteraan sudah berada dalam perancangan.

“Sama ada bahan ini berasaskan getah asli, bentuk getah asli yang telah diubah suai atau gabungan getah asli dan elastomer lain, mereka akan melibatkan peningkatan kelestarian bahan dan produk.

Usahasama LGM dan TARRC

“Usaha itu juga merangkumi kerjasama dengan LGM untuk membolehkan industri getah Malaysia memanfaatkan peluang bagi bahan dan teknologi hijau yang lestari, untuk kegunaan dalam produk tayar dan getah lain,” menurut kementerian itu.

Selain itu, TARRC turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi dan Suruhanjaya Perdagangan Malaysia di London untuk menganjurkan acara tahun Hari Karnival Malaysia sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia di Brickendonbury Estate, yang dijadualkan pada 22 Sept ini.

TARRC yang ditubuhkan pada 1938 menyambut ulang tahun ke-80 semalam.

Ia diwujudkan dengan tujuan meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah Malaysia dalam persekitaran global melalui penyelidikan dan pembangunan bertumpu, pindahan teknologi berkesan serta perkhidmatan sokongan berkualiti. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button