AntarabangsaFesyenGaya Hidup

Ratu Elizabeth ‘Sindir’ Trump Dengan Kerongsang?

Minggu lepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat lawatan ke United Kingdom (UK). Namun kunjungan selama empat hari itu telah dikecam teruk oleh rakyat negara itu.

Ia dilaporkan lebih daripada 100,000 warga Britain telah berkumpul untuk memprotes Trump kerana tidak setuju dengan program AS di bawah pemerintahan beliau.

Ketika lawatan berlangsung, Trump bertemu dengan Ratu Elizabeth II. Apa yang lebih menarik, sebilangan pakar kerongsang memerhati bahawa baginda Ratu Elizabeth telah memilih tiga kerongsang tertentu ketika bertemu dengan Trump.

Menurut media, Ratu England telah lama menggemari keronsang dan ramai individu ternama yang bertemu dengan baginda telah memberi kerongsang sebagai hadiah.

Ratu Elizabeth juga kerap membuat membuat penampilan di acara-acara tertentu di mana beliau sering tampil memakai kerongsang dan ia telah dilihat sebagai sesuatu simbol penting.

Ketika lawatan Trump, media UK melaporkan terdapat tiga jenis kerongsang yang dipakai oleh Ratu Elizabeth yang mungkin juga membawa maksud tersirat.

Pada hari ketibaan Trump, pihak media memerhati bahawa kerongsang yang dipakai adalah kerongsang yang diberi oleh Obama dan Michelle pada hari terakhir lawatan mereka di England.

Kerongsang tersebut dipilih khas oleh Obama dan dibeli oleh mereka sendiri sebagai tanda persehabatan dan bukan atas sebab lawatan negara.

Pada hari keesokannya, Ratu England memakai kerongsang yang dipanggil Sapphire Jubillee Brooch yang diberi oleh negara Kanada. Koronsang tersebut dihias oleh beberapa biji sapphire berwarna biru.

Ia dilihat sebagai sindiran kerana Trump telah mengeruhkan hubungan politik dengan Kanada menerusi perang dagang.

Pada hari ketiga lawatan Trump, Ratu Elizabeth memakai kerongsang yang dipakai di dalam gambar popular “Three Queens in Mourning” yang dipakai oleh ibu Ratu Elizabeth ketika pengebumian bapanya.

Ramai yang menganggap tindakan Ratu Elizabeth memakai tiga kerongsang itu sebagai ‘sindiran’ kepada lawatan Trump. Ia juga dilaporkan bahawa Putera William dan Putera Charles enggan bertemu Trump.

Show More

Related Articles

Back to top button