HiburanTeknologi

Kemaskini GTA Online – After Hours 24 Julai Ini

Permainan video Grand Theft Auto (GTA) tidak perlu diperkenalkan lagi dikalangan peminat permainan video.

Walaupun sudah 5 tahun GTA V sudah berada dipasaran, namun permainan ini masih dibeli kerana mod GTA Online nya yang sering dikemaskini dengan pelbagai misi yang baru.

Baru-baru ini, Rockstar Games mengumumkan kemaskini terbaru untuk GTA Online – After Hours.

Seperti kemaskini sebelumnya, ia merupakan misi operasi untuk membesarkan empayar perniagaan seseorang pemain melalui operasi kelab malam.

Menerusi trailer terbaru yang dikeluarkan Rockstar, After Hours menampilkan watak yang pernah muncul di dalam siri GTA sebelum ini – Tony Price a.k.a. ‘Gay Tony’ di mana pemain akan bekerjasama dengannya untuk membuka perniagaan kelab malam secara besar-besaran di Los Santos.

Tapi, jika dilihat Gay Tony ini sangat mirip dengan Robert Downey Jr dan menggunakan nama Tony seperti di dalam Iron Man. Hmm..

Tony Price a.k.a. ‘Gay Tony’ | GTA Online: After Hours

Berbalik kepada After Hours, pemain akan menguruskan sebuah kelab malam tetapi sebenarnya ia merupakan operasi penyamaran untuk kegiatan jenayah terbesar di Los Santos.

Tiada sebarang pengumuman dari pihak Rockstar Games bagaimana kemaskini ini harus dimainkan, tetapi jika dilihat melalui trailer tersebut, ia seperti pemain perlu melakukan misi bagi mendapatkan bekalan atau personel untuk menjayakan misi kelab malam tersebut dengan sebuah penceritaan.

GTA Online: After Hours

Kemaskini GTA Online: After Hours ini akan boleh dimuat-turun pada 24 Julai ini untuk semua pelantar (PlayStation 4, Xbox Online dan PC).

Bagaimanapun, GTA telah diharamkan dibeberapa negara berikutan kandungan yang tidak sesuai untuk 18 tahun ke bawah.

Show More

Related Articles

Back to top button