AntarabangsaAsiaIsu Semasa

Hanya Seorang Daripada Empat Remaja Berpeluang Untuk Mendapatkan Kerakyatan Thai

12 orang remaja serta jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Thailand telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat pada minggu lepas.

Namun difahamkan, 4 daripada 12 orang remaja kumpulan Wild Boars itu masih tidak mempunyai kerakyatan. Mereka ialah:-

1. Pornchai Khamluang

2. Adul Samon

3. Ekkapol Chantawongse

4. Mongkol Boonpium

Walau bagaimanapun, hanya seorang sahaja daripada mereka, iaitu Mongkol Boonpium, 13, yang mempunyai peluang cerah untuk diberi kerakyatan Thai.

“Kami telah menjumpai rekodnya di pusat penjagaan (nurseri) perbandaran, dan walaupun ibu bapanya bukan warga Thai, mereka adalah pemastautin tetap di Thailand

“Jadi, kemungkinan besar remaja itu dilahirkan di Thailand,” kata Leftenan Kittichai Charoenying, kerani di Perbandaran Tambon Wiang Pha Kham.

3 Syarat Utama Untuk Kanak-kanak Mendapatkan Kerakyatan Thailand

Di bawah undang-undang Thai, seseorang boleh mendapatkan kerakyatan sekiranya:

– Ibu atau bapa adalah rakyat Thai

– Kedua-dua ibu bapa adalah rakyat Thai

– Lahir di Thailand (walaupun ibu bapa bukan rakyat Thai)

Walaupun lahir di Thailand, ibu atau bapa tetap perlu membuat permohonan terlebih dahulu untuk mendapatkan status kerakyatan bagi anak-anak mereka

Memetik laporan Asia News Network, Kittichai menyatakan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada ibu bapa Mongkol untuk mendapatkan saksi atau dokumen-dokumen tambahan untuk menyokong permintaan mereka bagi mendapatkan kerakyatan remaja itu.

“Proses ini akan mengambil masa. Tetapi setakat ini, kami yakin bahawa remaja lelaki tersebut dilahirkan di Thailand,” kata Kittichai.

Sementara itu, Iam Boriboon, pengarah sekolah Ban Pa Meud berkata, Mongkol telah berdaftar dan belajar di sekolahnya sejak Prathom 1 (darjah 1) lagi.

Beliau berkata, pihaknya boleh mengeluarkan sijil sebagai salah satu dokumen sokongan.

Mengapa Kanak-kanak Lain Sukar Mendapatkan Kewarganegaraan

Di wilayah Chiang Rai, Thailand, masih terdapat ramai penduduk yang tidak mempunyai dokumen-dokumen berkaitan kerakyatan/pengenalan diri yang cukup.

Antara daripada mereka adalah Adul dan ramai lagi rakannya di Grace Churge, sebuah gereja yang terletak di wilayah itu.

“Sejujurnya, kebanyakan kanak-kanak di gereja berkenaan tidak mempunyai kerakyatan Thai,” kata seorang pekerja wanita warga asing dari Myanmar yang telah melahirkan tiga orang anak lelaki di Thailand.

Menurut wanita tersebut, dia telah mengenali Adul sejak remaja itu masih kecil lagi.

“Dia (Adul) adalah anak yatim. Kedua ibu bapanya telah meninggal dunia,” katanya.

Enggan identitinya dikenali, wanita itu menyatakan bahawa Adul akan mengalami kesukaran untuk menjalani proses pengesahan kerakyatan memandangkan ibu bapanya sudah tiada.

Show More

Related Articles

Back to top button