AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

WhatsApp Beri 10 Tip Cara Kenal Pasti Berita Palsu

Selepas beberapa kejadian pembunuhan di India angkara berita palsu yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, perkhidmatan permesejan milik Facebook itu telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan iklan di satu halaman di akhbar utama India dengan memaparkan 10 tip senang untuk mengenal pasti sama ada berita yang disampaikan kepada mereka benar atau palsu.
WhatsApp telah menerima tekanan untuk menangani isu berita palsu di platform tersebut selepas 20 orang terbunuh dalam tempoh dua bulan yang lepas setelah dituduh menculik kanak-kanak.
Pihak WhatsApp berkata mereka terkejut dengan keganasan yang berlaku dan menjanjikan tindakan pantas untuk menangani isu tersebut.
Iklan yang dikeluarkan di halaman akhbar terkemuka Bahasa Inggeris dan Hindi membentangkan 10 tip kepada pengguna untuk membezakan antara berita benar dan berita palsu, dengan tajuk, “Bersama kita perangi maklumat palsu.”
10 tip tersebut adalah:
1. Memahami mesej yang di forward
WhatsApp telah melancarkan ciri baharu yang membolehkan anda melihat mesej yang diforward. Semak semula fakta di dalam mesej itu apabila anda tidak pasti siapa yang menulis mesej asal.
2.  Persoalkan maklumat yang menggangu perasaan anda
Jika anda membaca sesuatu yang membuat anda marah atau takut, persoalkan sama ada ia dikongsi untuk menggangu perasaan anda. Dan jika jawapannya ya, fikirkan dua kali sebelum forward kepada orang lain.
3. Semak semula maklumat yang kelihatan sukar untuk dipercayai
Berita yang kelihatan sukar untuk dipercayai sering kali tidak benar – semak di laman web lain untuk mengetahui sama ada ia benar atau tidak.
4. Berhati-hati dengan mesej yang kelihatan berbeza
Banyak mesej yang mengandungi berita palsu mempunyai kesilapan ejaan. Carilah tanda-tanda ini supaya anda boleh menyemak sama ada maklumat itu tepat.
5. Semak foto dalam mesej dengan berhati-hati
Ia lebih mudah untuk percaya pada gambar dan video, tetapi medium itu juga boleh disunting untuk mengelirukan anda. Kadang-kadang gambar itu benar, tetapi cerita disebaliknya tidak. Oleh itu, lihat sumber gambar tersebut.
6. Lihat pautan mesej
Ia mungkin kelihatan seperti pautan tersebut datang dari laman web terkenal tetapi jika terdapat kesalahan ejaan atau aksara yang janggal, ia biasanya merupakan tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
7. Gunakan sumber lain
Semak laman web atau aplikasi berita lain untuk melihat sama ada berita tersebut dilaporkan di portal lain. Apabila berita dilaporkan di beberapa laman web, kemungkinan berita itu benar.
8. Berpikir tentang apa yang anda kongsi
Sekiranya anda tidak pasti sumbernya atau khuatir maklumat itu tidak benar, fikirkan dua kali sebelum berkongsi.
9. Anda boleh mengawal apa yang anda lihat
Di WhatsApp, anda boleh menyekat mana-mana nombor atau meninggalkan mana-mana kumpulan yang anda mahukan. Gunakan ciri itu untuk mengawal mesej yang diterima.
10. Berita palsu sering lebih cepat tular
Jangan beri perhatian kepada berapa kali anda menerima mesej yang sama. Walaupun mesej yang sama dikongsi banyak kali, ia tidak menjadikannya benar.
Show More

Related Articles

Back to top button