Gaya HidupKerjaya

6 Kelebihan ‘Ruang Kerja Bersama’ Untuk Peniaga Baharu

Pernah dengar tentang ruang kerja bersama ataupun co-working space? Jika belum pernah, ini merupakan trend bagi perniagaan yang baharu didirikan seperti perniagaan start-up untuk memiliki pejabat di pusat perniagaan tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Jika anda masih keliru, ini merupkan 6 perkara tentang ruang kerja bersama:-

  1. Sewa yang rendah

Sudah pasti jika baru hendak memulakan perniagaan kita akan mencari pejabat pada kadar berpatutan dan berdekatan dengan kawasan tumpuan.

Walaupun sebelum ini ia seperti mustahil untuk mendapat pejabat pada harga RM3000 ke bawah di kawasan lokasi strategik, tetapi dengan adanya ruang kerja bersama ini, impian mendapat ruang pejabat yang ‘cool’ di lokasi strategik boleh tercapai.

Bergantung kepada tempat yang anda mahu, ruang pejabat ini boleh didapati bermula daripada RM30 sahaja! 10% dari RM3000 (wow bukan?)

2. Boleh berkomunikasi dan menambah rangkaian perniagaan dengan lebih mudah

Dalam perniagaan, kita perlu berkembang dan menambah kenalan. Apabila berada di dalam ruang yang terdiri daripada pelbagai ahli perniagaan, ia merupakan peluang yang baik untuk menambahkan jaringan (networking).

Jika anda mempunyai masalah untuk menyelesaikan sesuatu, mungkin kawan yang berada di situ boleh memberi cadangan kepada anda sehingga mewujudkan kerjasama bersama.

Ini kerana berada di ruang kerja seperti ini setiap orang mempunyai pelbagai latar belakang yang berlainan. Ada yang merupakan freelancer, blogger sehingga pakar perunding.

3. Kemudahan yang lengkap dan menyeronokkan

Selalunya apabila kita menyewa ruang pejabat, ianya tidak didatangkan dengan perabot dan peralatan pejabat seperti printer atau mesin fotostat dan ini akan menambahkan kos syarikat kecil anda untuk memiliki barang-barang seperti ini.

Dengan menyewa di ruang kerja bersama ini, selalunya mereka sudah menyediakan semua itu.

Terdapat juga tempat yang menyediakan ruang snek (makanan ringan dan minuman) untuk para penyewa. Ada yang menyediakan tempat untuk tidur, ruang menyusu bayi dan ruang hiburan (game).

4. Kurang stress

Pejabat selalunya dikaitkan dengan stress dan hanya menjadi ruang untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Jarang ia dikaitkan dengan perkara yang boleh mengurangkan stress. Walau bagaimanapun di tempat kerja bersama ini, mereka sering mengadakan acara untuk anda ikuti jika berminat.

Seminar atau bengkel untuk meningkatkan kemahiran & pengetahuan adalah di antara event yang sering diadakan.

Selain daripada itu, ada yang menyediakan perpustakaan, ruang tv, ruang rehat dan ruang bermain. Oleh itu jika anda penat bekerja, anda boleh ke tempat-tempat ini di bawah satu bumbung sambil mendapat kenalan baru.

5. Meningkatkan reputasi perniagaan

Sememangnya tidak semua perniagaan pada masa kini memerlukan pejabat tetapi jika terdapat pelanggan yang lebih suka datang ke pejabat, ruang kerja seperti ini sangat ideal untuk anda yang tidak mempunyai pejabat yang tetap.

Terdapat juga kemudahan untuk menyewa ruang mengadakan mesyuarat di sini.

6. Menjadi komuniti peniaga start-up

Apabila berada di dalam tempat kerja seperti ini sekali gus anda bergaul dan menjadi salah satu ahli ekosistem tersebut. Seperti di dalam sebuah ekosistem, masing-masing terdapat peranan masing-masing yang boleh saling membantu.

Show More

Related Articles

Back to top button