Teknologi

Mercy Berjaya Kutip AS$12.7 Juta Untuk Yayasan Penyelidikan Kanser Payudara

Permainan video bukanlah hiburan semata-mata, namun ahli komuniti turut sama berkumpul bagi tujuan yang murni.

Syarikat permainan popular, Blizzard Entertainment sekali bekerjasama dengan Yayasan Penyelidikan Kanser Payudara (Breast Cancer Research Foundation / BCRF) bagi mengumpulkan dana untuk yayasan tersebut.

Blizzard Entertainment mengambil keputusan bagi mengeluarkan skin khas merah jambu watak Mercy dari Overwatch sebagai skin terhad berserta satu kemeja-T khas Mercy.

Skin ini dijual pada harga AS$15 dan AS$30 untuk kemeja-T.

Namun, tempoh untuk memliki skin dan T-Shirt ini hanya terhad pada 8 hingga 21 Mei lalu di mana hasil sepenuhnya jualan tersebut akan disalurkan kepada yayasan.

Mengejutkan; penerimaan dan sokong komuniti gamers, tujuan ini berjaya mengutip AS$6.35 juta (RM25.7 juta) pada minggu pertama dan sejumlah AS$ 12.7 (RM51.5 juta) untuk keseluruhan tujuan kebajikan tersebut.

“Saya berterima kasih kepada semua pemain Overwatch di seluruh dunia yang menyokong tujuan murni ini dengan semangat permainan kemurahan yang ditunjukkan”, kata CEO Blizzard, Mike Morhaime dalam satu kenyataan.

Kutipan ini merupakan kutipan kebajikan terbesar yang diperoleh Blizzard sepanjang 25 tahun bekerjasama dengan BCRF.

Disamping itu, terdapat peminat yang turut memeriahkan aktiviti kebajikan ini dengan menghantar lukisan dan foto watak Mercy di dalam skin merah jambu ini.

Biarpun tempoh memiliki skin dan kemeja-T ini sudah tamat, namun masih ramai pemain yang meminta Blizzard melanjutkannya bagi mendapatkan barang ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker