Sukan

Malaysia Bertanding Dalam Acara Papan Luncur Di Sukan Asia

Ia adalah satu permulaan baru buat Malaysia, apabila 5 orang atletnya akan bertanding di dalam acara papan luncur di Sukan Asia di Indonesia pada bulan hadapan.

Acara ini adalah acara yang terakhir dimasukkan ke dalam program Sukan Asia, dan jurulatih Mohd Zamri Ramli berkata persembahan yang memberansangkan akan dapat meningkatkan profil sukan ini.

“Sukan papan luncur telah memasuki pentas sukan arus perdana dan ia akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020 dan Sukan Olimpik Remaja di Argentina pada tahun yang sama.” kata Mohd Zamri.

Tambahnya lagi, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mahu melibatkan anak-anak muda di dunia kerana sukan zaman kini semakin berubah.

“Kami berharap atlet kami yang akan ke Sukan Asia buat pertama kali dapat mendapat tempat 10 terbaik.

“Mereka masih kurang berpengalaman berbanding rakan-rakan atlet mereka dari Jepun, Indonesia, Thailand atau Singapura.

“Tetapi yang bagusnya kezamaan mereka ada. Dan atlet-atlet ini yang berusia di antara 11 dan 24 tahun perlu melalui proses pemilihan diperingkat kebangsaan untuk mendapat tempat di dalam skuad ini.”

Ian Nuriman Amri yang berusia 11 tahun dan Yaziru Amiru Basyir Zainordin, 24 tahun, akan bertanding di dalam kategori taman dan jalanan lelaki, sementara untuk kategori perempuan pula akan dilakukan oleh Fatin Syahirah  Roszizi, 16 tahun dan Christina Lai Grace, 13 tahun.

Mohd Hazim Syahmi Shahrum akan bertanding di dalam kategori lumba 20,000 meter.

“Sukan Asia ini adalah baru buat semua orang. Setakat ini tiada pertandingan (papan luncur) pada tahun ini sehingga Sukan Asia nanti.

Thailand dan Indonesia dijadualkan untuk mengaturkan acara papan luncur tetapi mereka menangguhnya sehingga selepas Sukan Asia.

“Kami akan menghantar atlet-atlet kita untuk berlatih selama seminggu di Thailand kerana taman luncur di sana adalah sama seperti taman luncur yang digunakan di Sukan Asia,” tambahnya lagi.

Kesemua atlet akan menyertai Sukan Asia itu di bawah kategori B. Selain daripada Hazim yang dibiayai Myskate, atlet lain akan ditaja oleh Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (Mesa).

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker