Gaya HidupKesihatan

Cara Tangani Perasaan ‘Hangry’

Sekumpulan penyelidik daripada University of North Carolina (UNC) telah mengkaji apakah tindakan yang perlu kita lakukan apabila terasa lapar dan marah atau dalam kata lain ‘hangry‘.

Mereka mengkaji perasaan hangry dan mendapati bahawa kesedaran emosi dapat membantu menghilangkan perasaan tersebut.

Kajian menemui bahawa tubuh badan manusia mengalami respons perasaan marah yang tinggi selepas mengalami rangsangan negatif.

Kelaparan menyebabkan hormon stress meningkat, memberi kesan kepada tahap gula dalam darah dan menyebabkan rangsangan fisiologi di mana kita menyedari sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada tubuh badan.

Sebagai contoh, kita mungkin tidak menyedari kadar jantung kita apabila sedang berehat, tetapi apabila mengalami perasaan takut, ia lebih ketara.

Hangry berlaku apabila kelaparan, iaitu perasaan fisiologi yang buruk, bercampur dengan perasaan emosi yang buruk.

Ujian Gambar Anjing Marah VS Anak Kucing

Dalam kajian tersebut peserta dikehendaki menilai tulisan Cina yang dipaparkan kepada mereka selepas ditunjuk satu gambar negatif atau positif seperti anjing marah atau anak kucing.

Peserta lapar yang melihat gambar anjing marah berkata tulisan Cina itu membawa maksud yang lebih negatif berbanding peserta lapar yang melihat gambar anak kucing.

Kajian mendapati hanya peserta yang lapar dan diberi rangsangan negatif menunjukkan perasaan marah berbanding peserta yang tidak lapar. Peserta lapar yang ditunjukkan gambar positif berkelakuan seperti peserta yang tidak lapar.

Kesimpulannya, seseorang yang selalu hangry telah diberi rangsangan negatif. Mereka menyifatkan reaksi mereka kepada konteks dan kelaparan hanya meningkatkan respons negatif.

Apa yang paling penting adalah kesedaran. Tiada apa yang membuatkan anda lebih sedar tentang kelaparan anda daripada kelaparan itu sendiri. Hangry boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi mereka yang lebih sedar tentang keadaan fisiologi mereka mungkin dapat mengelakkan daripada perasaan marah.

Sumber: The News & Observer
Show More

Related Articles

Back to top button