Gaya Hidup

5 Panduan Untuk Membeli Perabot Terpakai

Mengisi rumah anda dengan perabot yang selesa dan cantik bukanlah tugas yang mudah. Bagaimanakah pemilik rumah akan berbelanja untuk perabot selepas mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk pembayaran atau pengubahsuaian rumah?

Kebanyakan mereka memilih perabot terpakai sebagai alternatif. Dalam masyarakat yang sinonim dengan budaya membeli, ia tidak sukar untuk mencari perabot terpakai yang masih dalam keadaan baik dengan harga yang berpatutan di kedai-kedai terpakai.

Berikut adalah lima petua yang boleh anda gunakan sebagai panduan apabila membeli perabot terpakai.

1. Semak Harga Runcit yang Disyorkan (RRP)

Sebelum mengesahkan pembelian anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyemak harga runcit yang disyorkan perabot terbabit. Jika anda tidak dapat mencari harga model sebenar dalam talian, semak model semasa yang serupa. Ini adalah untuk menghalang anda membayar secara berlebihan.

Kebanyakan peniaga barangan terpakai di Malaysia percaya bahawa hanya kerana barangan yang dijual jarang digunakan, mereka dibenarkan menjualnya dengan harga yang tinggi. Ia tidak berfungsi seperti itu. Harga barang-barang isi rumah sentiasa menyusut mengikut tempoh masa bukan berdasarkan penggunaannya.

2. Pertimbangkan Jika Harganya Berbaloi

Jika anda mahu membeli perabot terpakai tanpa melebihi bajet, anda perlu mengetahui bahawa perabot terpakai yang 50% lebih murah tidak berbaloi jika anda boleh membeli satu perabot baru dengan kos 30% lebih murah.

Sebagai contoh, katakan item perabot terpakai itu datang dari kedai berjenama tinggi dan bernilai RM5,000. Penjual kini menjualnya pada RM2,500. Tetapi hanya dengan harga RM2,000 anda sebenarnya boleh mendapatkan jenama baru dari kedai perabot kecil. Yang manakah lebih berbaloi dalam senario sedemikian?

3. Bezakan Perabot Antik dan Terpakai

Image result for preloved furniture shopRamai penjual akan cuba menjual barangan terpakai sebagai ‘antik’ untuk mengenakan harga yang lebih tinggi. Tidak seperti UK, atau Amerika Syarikat, rakyat Malaysia biasanya bukan jenis yang akan memeriksa buku antik untuk mengetahui sama ada barangan yang mereka beli adalah sah atau tidak.

Secara ringkasnya, barangan antik ialah: “objek yang boleh dikumpul seperti perabot atau karya seni yang mempunyai nilai yang tinggi kerana umurnya yang lama.”

Sekiranya mengikut takrif itu, akan ada peniaga yang mengatakan meja dari katalog 2005 Ikea adalah antik. Jadi, anda sebagai pengguna perlu bijak membuat pilihan untuk mengelakkan pengecasan berlebihan.

4. Semak Kecacatan Perabot

Ramai orang akan melakukan pemeriksaan visual kepada perabot yang mereka inginkan. Pemeriksaan visual kadang-kadang meragukan kerana kecacatan sering tersembunyi sehingga item itu dibawa balik ke rumah.

Oleh itu, anda perlu memeriksa perabot terbabit pada bahagian yang paling kerap digunakan! Duduk di semua bahagian sofa untuk memeriksa bahagian yang patah atau tenggelam; goncang atau duduk di atas katil untuk memeriksa kerosakannya; buka semua laci dan periksa engsel pada perabot yang berpintu. Ini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memeriksa sebarang kecacatan pada perabot terbabit.

5. Kecacatan Perabot Bukan Halangan

Jika penjual meminta harga yang mahal dan anda menemui kecacatan selepas menguji perabot anda, jangan tergesa-gesa untuk pulang. Mungkin penjual itu tidak mengetahui tentang kerosakan terbabit. Mungkin juga penjual tidak mengetahui bagaimana harga perabot terpakai dijual.

Namun anda tidak perlu berasa seperti ditipu, tunjukkan masalah dan lihat jika penjual bersedia untuk berunding. Terangkan alasan mengapa anda tidak boleh membayar harga yang diminta atau bagaimana kecacatan itu mempengaruhi penggunaan item anda. Buat tawaran yang baik dan lihat jika penjual bersetuju menerimanya.

Sumber: Ringgit Plus

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker