Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Startup Dari Cradle Sumbang RM3.4 Bilion Kepada Ekonomi Malaysia

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2003.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada syarikat startup untuk memulakan dan mengembangkan syarikat mereka.

Sejak penubuhannya, Cradle telah memberi dana kepada lebih daripada 800 startup teknologi dan menyaksikan rangkaian tersebut berkembang pesat di sekitar rantau ini.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti HELP, Program Investment Cradle (CIP) telah menyumbang RM3.4 bilion kepada KDNK Malaysia, mencipta 80,600 pekerjaan sepenuh masa dan menarik RM1.3 bilion dalam dana swasta dan asing. Menjelang 2030, sumbangan CIP kepada KDNK dijangka mencecah RM30.8 bilion.

Kajian ini menghasilkan angka tersebut menggunakan data yang diperoleh menerusi geran yang diberi kepada startup antara tahun 2008 dan 2016.

“Ini adalah hasil yang positif, dan bukti bahawa dana yang betul pada masa yang tepat boleh menghasilkan hasil yang jauh lebih besar daripada perbelanjaan awam biasa,” kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Razif Abdul Aziz.

Di bawah visi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Allahyarham Nazrin Hassan, beliau melihat potensi dalam banyak startup seperti MyTeksi (Grab), iMoney dan iPay88 yang kini merupakan antara syarikat berjaya.

“Kini, kita dapat melihat bagaimana startup menjadi lebih bijak, lebih berinformasi dan dapat meningkatkan rangkaian yang lebih kuat. Namun, cabaran bakal menjadi lebih besar dalam era teknologi digital ini,” kata Razif.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close