AntarabangsaIsu Semasa

Ais Kepal Milo Mampu Tingkat Pengeluaran Koko Indonesia

Indonesia merupakan negara ketiga terbesar dalam pengeluaran koko. Dalam sejarah 130 tahun terlibat dalam pengeluaran koko, kini negara tersebut menyaksikan pengeluaran menurun sejak tiga tahun lalu disebabkan peladang yang beralih kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan.
Pada tahun ini, pengeluaran koko dijangka jatuh kepada 275,000 tan daripada 290,000 tan pada 2017, disebabkan tanaman koko yang semakin tua dan peladang yang beralih kepada tanaman yang lebih menguntungkan sepert minyak sawit, menurut Persatuan Koko Indonesia.
Euromonitor International melaporkan bahawa setiap rakyat Indonesia makan cokolat kira-kira 300g setiap tahun. Namun tahun lepas permintaan untuk manisan cokolat naik 10% disebabkan strategi pemasaran dan promosi berterusan.
Bagi negara yang masih membangun seperti Indonesia, kemampuan masih menjadi perkara utama ketika memilih barang-barang kehendak.
Ramai rakyat Indonesia hidup dengan pendapatan kurang daripada US$2 dan snek tradisi seperti pisang goreng adalah pilihan pertama apabila memilih makanan manis. Disebabkan itu, cokolat mahal yang mengandungi koko peratusan tinggi bukan pilihan utama.
Keadaan mungkin akan berubah apabila resepi manis ais kepal Milo meningkatkan lagi permintaan untuk manisan coklat, sejurus meningkatkan permintaan untuk koko juga.
Ais kepal Milo viral baru-baru ini telah menarik ramai permintaan daripada penduduk Indonesia.
Bagi pemilik perniagaan Es Kepal Milo Viral, Emanuel Agung, dia mempelajari bagaimana cara membuat ais kepal milo di Malaysia dan telah membuka gerai pertamanya di Jakarta pada bulan Mac tahun ini.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, dia membeli satu tan Milo setiap hari untuk membekal 150 gerai ais kepal miliknya yang menjual kira-kira 30,000 mangkuk setiap hari.
Pengarah undang-undang dan hal ehwal korporat Nestle Indonesia, Debora Djandrakusuma berkata, “kami teruja untuk mengetahui bahawa orang ramai menggunakan kreativiti dalam membuat resipi menggunakan produk kami.”
Nestle berkata walaupun sebahagian besar koko yang diperoleh dari Indonesia disalurkan kepada pasaran antarabangsa, mereka juga menjual beberapa produk yang dibuat daripada koko tempatan.
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button